Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kritik Agong: Amanah Tidak Dapat Kenalpasti Individu Bernama Faiz



Shah Alam - Amanah hari ini memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat mengenalpasti individu bernama 'Faiz' yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut Naib Ketua Pemudanya, Shazni Munir Mohd Ithin, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu dengan individu itu dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenalpasti lelaki terbabit.

Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.

Keratan status yang mengkritik Agong itu tersebar sejak kelmarin seterusnya mendatangkan kritikan dari ramai pihak.

Faiz, yang dipercayai anggota Amanah, bagaimanapun telah membuat permohonan maaf menerusi satu posting di FB.

"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi raja-raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-Raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia. Itu dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini," katanya.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli