Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kita Ada Persamaan Dari Segi Warna Merah" - Red One Tawar Jadi Penaja Utama TRW


Syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd hari ini tampil menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama The Red Warriors selepas tiada penaja besar yang berani menghulurkan bantuan kepada kelab bola sepak Kelantan itu.

Red One yang juga merupakan penaja Kelantan sejak 2015 membayangkan kesediaannya unutk terus menyumbang bagi memastikan pasukan itu terus dapat bersaing dalam liga domestik itu.

Menurut Ketua Pemasaran, Ben Teh, kali ini pihaknya berhasrat menjadi penaja utama selepas dua musim mengikat kontrak selaku penaja bersama pasukan terbabit. Bagaimanapun, beliau enggan memberi perincian tentang tajaan itu namun difahamkan ia bakal melibatkan nilai jutaan ringgit.

Kita lihat Kafa dalam situasi sukar sekarang dan mereka ada bertanya sama ada red One hendak kekal jadi penaja atau tidak. Saya rasa hendak taja itu tidak jadi masalah, kita ada persamaan dari segi warna (merah) dan kita sudah dua tahun bersama Kafa.

Setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan Kafa tetapi kita bersedia berbincang lebih lanjut, bagaimana red One boleh bantu Kafa pada musim depan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Saya rasa kalau red One betul-betul jadi penaja utama, saya percaya Kelantan akan menjadi sebuah pasukan yang kembali disegani. Di red One, kita mempunyai prinsip apabila berjanji, kita akan tunaikan.

Sepanjang dua tahun penajaan, kita menjelaskan semua sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Kafa, tidak pernah berhutang dan kita akan meneruskan prinsip ini sebaik mungkin,” katanya.

Tambahnya lagi, nilai tajaan bukanlah menjadi persoalan kerana apa yang penting kedua-dua pihak mendapat keuntungan bersama di sebalik penajaan tersebut.

“Bagi saya, penajaan untuk sukan, bukan kita yang kena tentukan sama ada pasukan itu perlu menang atau tidak, itu adalah urusan mereka. Tujuan kita menyokong adalah untuk mendapatkan publisiti, kalau taja untuk menang, lebih baik kita taja pasukan juara sahaja,” katanya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli