Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khusus Buat Mereka Yang Sering Menggunakan Lif, Ini Cara Yang Sebetulnya Untuk Anda Menggunakan Lif Dengan Lebih Berhemah

No Comment

Menggunakan sesuatu perkhidmatan awam, kita sudah semestinya perlu berkongsi dengan orang lain yang ingin menggunakannya juga. Ini kerana ia adalah satu perkhidmatan yang bukan dikhususkan hanya untuk kegunaan peribadi sahaja, tetapi lebih kepada untuk memudahkan pergerakan semua pengguna.

Begitu juga dengan penggunaan lif yang terdapat di kebanyakan bangunan, sama ada di kawasan perumahan, tempat kerja, mahu pun, di tempat tumpuan ramai. Lif selalunya akan berada di bangunan yang mempunyai tingkat yang tinggi, supaya memudahkan orang ramai untuk sampai ke aras yang tinggi selain menggunakan tangga.

Tetapi, dengan adanya sikap mementingkan diri, dan mengejar masa, kita sering kali menyalahgunakan lif untuk kepentingan diri. Kita akan mengendahkan orang yang lebih memerlukan, dan membiarkan mereka menunggu lebih lama untuk menggunakan lif. Disebabkan situasi ini, saudara Amar Aziz berkongsi cara yang sebetulnya untuk menggunakan lif bagi mereka tidak tahu, atau hanya buat-buat tidak tahu, jom kita baca perkongsiannya.


How to Use an Elevator for Dummies

1. 1st come, 1st served. Maksudnya ko beratur lah kalau kau nampak depan elevator tu dah ada 2,3 orang yang sedang berlakon jadi tunggul menunggu ketibaan elevator. Jangan buat muka tak bersalah potong semua que, dan ko tercongok depan pintu elevator!

2. Kalau belakang kau ada orang tua, baby pram, ibu mengandung, bagilah keutamaan kepada diorg untuk naik dulu. Kalau ada 10 orang yang mengandung belakang ko, selitlah gilir-gilir, jgn ko bagi semua sekali naik one go, nanti bila ko nak naik?


3. Kalau elevator dah sampai, ko clearkan laluan exit untuk orang yang dalam elevator tu boleh keluar dengan cepat dan selamat. Kalau ko berhimpun depan elevator tu macam orang tak bersalah, macam mana orang dekat dalam nak keluar, dan macam mana korang nak masuk kalau orang dalam tu tak keluar?


4. Kalau kau adalah orang pertama masuk dalam elevator, make sure ko tolong tekan button OPEN DOOR untuk bagi orang belakang ko masuk dan elevator penuh sebelum tekan tingkat mana ko nak pegi. Ko jangan buat perangai buruk ko, masuk-masuk ko tekan tingkat mana ko nak pegi, then ko biar je pintu elevator tutup sedangkan orang belakang ko tengah terkial-kial dengan trolley nak masuk.

5. Kalau ko bawa trolley, make sure ko utilise space dalam elevator tu supaya tak nampak macam elevator tu hak milik persendirian. Berkongsilah!

6. Sesiapa saja yang masuk elevator sebagai orang terakhir, beliau kena pastikan yang orang yg disebelah dalam sekali dapat keluar ikut tingkat yang orang dalam tu nak keluar. Maksudnya, dekat setiap tingkat, kalau elevator penuh, orang terakhir kena keluar dulu supaya orang yang di sebelah dalam boleh keluar dengan cepat.

7. Kalau semua nak keluar pada tingkat yang sama, pastikan keluar mengikut giliran. Sape yang masuk terakhir, kena keluar dulu diikuti yang berikutnya. Jangan pula kau berdiri sebelah dalam sekali, sibuk nak celah menyelit pergi sampai depan pintu elevator sedangkan orang dekat depan pintu elevator pun belum sempat keluar.

8. Rajinkan mulut untuk minta tolong pada orang yang berdiri berhampiran button elevator untuk tekan bagi pihak kita sekiranya kita tidak sampai untuk tekan button elevator tersebut.


9. Jangan kentut dalam elevator! Dekat overseas kentut takpe, dekat dalam Malaysia, sila pikir 2,3 kali!

10. Jangan sembang kuat-kuat, gelak macam orang gila, jawab telefon macam ko sorang ada telefon, dan yang paling berharga dan bermakna, sentiasa senyum kalau orang senyum dekat kita.

Ini antara 10 cara asas untuk Dummies yang aku perhatikan tadi.

Kalau pompuan tadi pandai berbaris ikut line, tak melulu terpacak depan elevator macam taknak bagi orang lain naik, aku rasa tak tertulis panduan untuk dummies ni.

Sayang, muka cantik, tapi nak naik elevator tak reti. - Siakap Keli

BACA: Bagaimana Untuk Selamatkan Diri Jika Lif Tiba-Tiba Menjunam Jatuh Ke Bawah, Langkah-Langkah Ini Boleh Membantu Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli