Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerana Terlalu Minat, Wanita Ini Cat Kesemua Kereta-Keretanya Dan Beli Semua Barang Berwarna 'Pink'


Setiap orang sudah pasti mempunyai minat masing-masing, ada yang minat perkara biasa-biasa sama dengan orang lain, ada yang kerana minat mereka sanggup berhabisan wang demi mencapai apa yang diinginkan.

Seorang wanita bernama Noor Shafarina Safiee atau nama panggilannya Cik Mollie, minatnya membuatkan beliau sanggup berhabisan duit demi memenuhi impiannya yang selama ini dipendam.

Beliau menyatakan meminati warna pink, dulu beliau bukanlah seorang yang berada, namun kini selepas bergiat aktif dalam perniagaan, perniagaannya makin maju, beliau sudah mampu menyebabkan beliau telah memenuhi minatnya selama ini dengan terpendam.

Jom kita baca.


"KALAU DAH MINAT..."

Dah tak peduli apa orang kata.. asal pink ja moly, asal moly ja pink.. hahaha.. nak buat lagu mana, stiap org minat tak sama.. buat jelah apa yg kita suka btoi dak?? ada org minat beli handbag mahai2, tp kak moly tak!! mcm mana pon tetap suka tgk org yg ada minat benda unik2. 

Biar lah apa org nk kata, mesti ramai ckp riak la.. menunjuk la.. kak moly tak kesah, kak moly juz nk kongsi sebahagian dgn followers kak moly ja..kak moly bkn retis pon. sblm ni bila depa jumpa benda pink2 mesti depa tag kak moly, mention kak moly sb depa taw minat kak moly dgn pink tu mcm mna..


Nak buat mcm mna kn, minat ni dr zmn dulu2 lagi.. cuma dh tua2 ni baru nak dpt apa yg jd angan2 dl.. dl naik moto tgh hujan, tgk org lalu naik kereta lawa2 mesti berangan nk jd mcm tu. Sb angan2 tu free..Kak moly tak mewah, apa yg ada ni hasil usaha kak moly slama ni. Cuma yg penting2 kak moly dahulukan dl.. kereta2 ni hya minat semata. Kalo pikiaq dulu dulu punya minat pink, sampai p pekan pon pakai kasut pink, baju pink, sluaq pink, cekak pink..euwwww!! malu lah pulak. 🙈 

Entah la knapa minat pink, dah mmg sinonim kot pink dgn pompuan.. tapi ada jgk yg tak minat pink kan.. Minat pink tak semestinya watak dia lembut sb kak moly sendiri pon kasaq macam kayu buloh.. hahaha.. tah la tah la, setiap kali pandang pink terus rasa jatuh hati.. Baju, kasut, makeup.. atau benda comei comei mesti suka nak beli. Tak guna pon takpa, janji beli n simpan.


Acct lagi dua biji keta kak moly tu dh lama siap di pink kan.. cuma baru berkesempatan nak selfie2 n share dgn ampa. Tak taw lah nk hbq minat tu mcm mna, jiwa raga ni mmg dh sebati dgn pink.. Cuma tak dak la gila sampai nak buat stiap inci rumah pink hello kitty. 

Buat sekadar yg mampu ja, sikit sikit lama lama jd bukit.. hihi.. Kekadang minat pd sesuatu tu pon boleh hasilkan income, contoh kak moly pya produk kebanyakan warna pink.. Bila buat something yg kita minat even color sj pon boleh bg mcm2 idea kt kita. 

Ishh kak moly tak pandai la nak tulis panjang2, terima kasih la kt ampa yg sudi baca sampai abeh. Siapa kt sini yg minat pink mcm kak moly? hye geng...🙋 jumpa kot jalan jgn lupa bg lampu nah.. yg tak minat boleh main jauh2 sb minat kita tak sama..

Sumber: Noor Shafarina Safiee 

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli