Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Jodoh Kita Bersama Sampai Disini Sahaja' - Kecik Umum Tidak Lagi Bersama Hyper Act



Setelah lebih setahun bersama kumpulan Hyper Act, Kecik atau nama sebenarnya Mohamad Fauzi Kamarudin mengumumkan dia tidak lagi bersama dengan kumpulan itu.

Perkara itu diumumkan oleh Kecik menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

"Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja.

"Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua.

Bagaimanapun, Kecik berkata perpisahan itu bukan bermakna dia akan berhenti dari dunia seni.

"Perjalanan dunia seni Kecik tak akan berhenti di sini kerana ianya hanya baru bermula.

"Kecik harap semua akan terus menyokong dan doakan kejayaan Kecik demi mencari rezeki di dunia seni yang amat Kecik sayangi.", tulisnya.

Tidak pasti apa punca perpisahan ini namun Kecik ada memuat naik satu foto perbualan Whatsapp yang menyuruhnya membuang nama dan info berkaitan Hyper Act di kesemua sosial medianya. Bagaimanapun Kecik menegaskan tiada pergaduhan yang berlaku antaranya dan Hyper Act.


"Assalamualaikum. Kecik dan hyperact langsung xda masalah apa2. Kami tak bergaduh pun. Kami cuma nak buat haluan masing2 itu sahaja.", tulisnya di Twitter.

Pengumuman Kecik itu menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang jelas kecewa dengan pengumuman itu namun para netizen tetap memberi semangat kepada Kecik supaya terus beraksi di pentas seni.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli