Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jika Nak Hantar Saya Ke Syria, Saya Halalkan Diri Saya Ke Sana," - Lan Pet Pet


Jika disebut nama Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad pasti kita akan teringat akan lawaknya buat peminat tidak kering gusi, pandai membuat bunyi-bunyian seperti trompet menambahkan identitinya yang tersendiri.

Lan dalam satu sidang media menyeru orang ramai bersama-sama berkongsi rasa duka dengan penduduk Aleppo yang masih dibelenggu krisis perang

Menurut Lan Pet-Pet, jika ditakdirkan dia perlu ke Syria, dia akan rela kerana memikirkan tanggungjawabnya bukan saja sebagai penghibur sebaliknya penganut Islam.

“Bila cakap pasal Islam, saya bukan fighter tapi lover, saya bukan pejuang tapi penyayang,

"Kalau Malaysia nak hantar diri saya ke sana (Syria), saya halalkan diri saya ke sana," katanya pada sidang media khas di Restoran Line Clear Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menghadiri sidang media berkenaan bersama pertubuhan kebajikan Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) yang berusaha menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang masih bergolak itu.



Pertubuhan lain yang bernaung di bawah MLLFS ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKKIM), Pertubuhan Kebajikan Nurul Iman (LOF), Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma), Pertubuhan Ilmu Malaysia (ILMU), Malaysia Reverted Muslim (MRM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM).

MLLFS turut disokong Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru, Yayasan Ta’lim, Al-Khadeem, Pustaka Bushra, Baitulssalam, Arr Sunnah Management dan Rahyanah.

Mengenai perkembangan di Aleppo, baru-baru ini tentera Bashar dilaporkan berjaya menguasai semula Aleppo dan puak pemberontak terpaksa berundur dari situ di mana ramai penduduk Aleppo terpaksa berpindah berikutan keganasan makin meningkat.

Terpanggil dengan status selebriti, Lan Pet Pet merasakan menjadi tanggungjawabnya menggunakan bakat yang dianugerahkan Tuhan untuk membantu rakyat Syria.

“Saya selalu muncul di televisyen, selalu buat lawak, tapi dalam keadaan macam ini, lebih baik saya beri (bantuan) cara ikhlas, dari hati ke hati, tolong antara satu sama lain," katanya.

"Pada usia yang semakin bertambah ini saya tidak lagi memikirkan soal glamor."

"Ramai orang sokong kempen ini, jadi mengapa saya tidak boleh sokong? Kalau boleh, kita sama-sama menderma kepada rakyat Syria.” 

“Kalau orang kaya, dia boleh menderma (wang ringgit) sebab hartawan, tapi Allah bagi saya kelebihan iaitu tiupan tangan yang mengeluarkan bunyi trumper. Dengan tiupan saya hiburkan semua orang."

“Orang tengah makan pun saya bawa tabung pergi minta sedekah. Sebab saya dah janji dengan Allah nak bantu dengan bakat yang saya ada untuk bantu masyarakat,” katanya.


Lan Pet Pet dalam pada itu juga berkata Senario akan membuat kemunculan semula selepas ini dengan lawak-lawak yang lebih ilmiah.

“Sekarang saya banyak belajar sebelum saya buat come back kita nak beri nasihat, kita nak cuba kaitkan (komedi) dengan Islam," katanya. -  Siakapkeli.my

Sumber: Malaysiakini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli