Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu 'Dragon Breath': KKM Keluar Kenyataan Akhbar Isu Penggunaan Cecair Nitrogen Dalam Makanan


Kuala Lumpur, 19 Dis - Susulan isu 'Dragon Breath' yang dikatakan mendatangkan pada tangan salah seorang pengguna, Kementeiran Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini tampil mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan isu penggunaan cecair nitrogen dalam makanan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman web kpkesihatan.com.

Menurut kenyataan itu, cecair nitrogen perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

"Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

"Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul.", kata kenyataan tersebut.

Selain itu, kenyataan itu juga turut berkata pengguna, pengeluar atau penyedia makanan perlu memastikan makanan yang menggunakan cecair itu meruap sepenuhnya bagi tujuan keselamatan.

"Bagi tujuan keselamatan pengguna, pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair nitrogen dalam produk makanan tersebut telah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur (cryogenic burn) atau radang dingin (frostbite)", tulisnya.

Berikut adalah penulisan penuh dari kenyataan terbabit.

Kenyataan Akhbar KPK 19 Disember 2016 – Isu Penggunaan Cecair Nitrogen Dalam Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar New Straits Times online bertarikh 18 Disember 2016 bertajuk “Beware of the Dragon Breath cookie: Nitrogen liquid used not suitable for consumption, it burns too” dan akhbar Harian Metro pada 19 Disember 2016 bertajuk “Biskut asap beracun“.

Perkara ini juga telah dilaporkan di laman sesawang Astro Awani pada 19 Disember 2016. Ia berhubung aduan mengenai penggunaan cecair nitrogen dalam makanan yang telah menyebabkan kecederaan pada tangan salah seorang pengguna.

Cecair nitrogen adalah merupakan gas nitrogen tidak berbahaya yang telah disejukkan ke suhu yang sangat rendah (-196°C) sehingga ia menjadi cecair. Cecair nitrogen digunakan dalam banyak aplikasi industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais dan dalam pembuatan ais krim.

Cecair nitrogen juga digunakan dalam pembekuan serta-merta (flash freezing) makanan termasuk biskut untuk memberikan tekstur berkabus (fog like texture) di mana ia menghasilkan novelty kepada pengguna apabila asap dihembus keluar semasa makan.

KKM ingin menegaskan bahawa cecair nitrogen harus digunakan pada tahap yang bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul.

Bagi tujuan keselamatan pengguna, pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair nitrogen dalam produk makanan tersebut telah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur (cryogenic burn) atau radang dingin (frostbite). KKM berharap penyedia makanan dan pengguna mengambil perhatian ke atas perkara ini.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM.

Sumber: kpkesihatan.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli