Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Sebabnya Mengapa Teksi Di New York Berwarna Kuning, Dan Dipanggil Yellow Cab

No Comment

Di setiap negara sudah semestinya mempunyai pelbagai kemudahan yang membolehkan kita sebagai pengguna menjalani kehidupan dengan lebih mudah. Ianya bukan sahaja merangkumi binaan struktur bangunan, atau tempat parkir khas untuk basikal, tetapi juga kepada pengangkutan awam.

Bagi negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, seperti di New York, kesesakan lalu lintas sudah pasti akan menjadi faktor utama untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi juga dapat mengelak dari kesesakan jalan raya yang mungkin akan menyebabkan kita tertekan jika memandu sendiri.

Seperti teksi di New York, ianya agak mencabar pada suatu ketika dahulu, untuk mengambil dan menurunkan penumpang kerana kesibukan jalan raya. Tetapi, bagaimanakah solusinya untuk permasalahan tersebut? Saudara Hafiz Muhammad mempunyai perkongsian mengenai Teksi Kuning di New York. Jom kita baca penulisannya.


YELLOWCAB.
Teksi Kuning New York merupakan penyelesaian masalah lalulintas dan masalah manusia di Bandar New York. Semasa cerita ini ditulis, ada 13,000 Teksi Kuning yang bergerak dijalanraya New York.

Direkodkan sebagai Bandar paling sibuk di dunia meninggalkan Tokyo dan London, menjadikannya sebagai penanda aras penyelesaian masalah perbandaran.

Masalah lalulintas di Bandar New York terutamanya Manhattan sebenarnya berkait rapat dengan sikap pengguna yang melambai tangan memanggil teksi tidak kira tempat.

Ia mengakibatkan teksi bertukar laluan secara mengejut, teksi berhenti secara mengejut, teksi gagal dilihat pengguna jalanraya yang lain sehingga berlaku kemalangan, pengguna datang melulu kepada teksi, pergaduhan pengguna berebut teksi hingga berlaku kesesakan lalulintas dan berbagai- bagai lagi masalah harian yang menghantui penduduk New York.


Puncanya hanya melambai tangan tak kira tempat.

Tetapi masalah ini tidak diselesaikan dengan meletak polis di sekitar jalanraya New York. Berapa ramai polis nak guna melawan kepadatan penduduk 8.5 juta orang. Atau membina hentian teksi di kawasan- kawasan tertentu. Atau mengeluarkan saman kepada teksi yang berhenti dibahu jalan. Ini contoh cadangan penyelesaian yang kurang bijak kerana anda berhadapan dengan sikap manusia.

Mengubah sikap manusia bukan satu perkara yang mudah untuk ditangani.

Jadi, bandar New York hanya memerlukan sedikit inovasi peraturan. Iaitu dengan meletakkan syarat "hanya Teksi Kuning sahaja dibenarkan berhenti mengambil penumpang dimana- mana bahu jalan".

Mesej ini melekat dalam minda pengguna teksi dan juga pengguna jalanraya yang lain. Kepada pemandu kenderaan, mereka akan secara automatik memberi laluan kepada teksi kuning mengambil penumpang. Mata mereka seperti secara semulajadinya peka dengan warna kuning yang terang dan jelas tersebut. Jadi tindakan mereka memperlahankan kenderaan akan berlaku dengan pantas.

Oleh kerana sistem lalulintas New York sangat efisien, pengguna tidak perlu mengeluh kecewa dan memaki hamun jika ada orang lain memotong anda dan terlebih dahulu masuk ke dalam teksi. Kerana ada banyak teksi kuning lain yang akan berhenti tanpa perlu menunggu lama. Hanya perlu lambai tangan sahaja.


Bandar New York mendidik penggunanya supaya peka dengan Teksi berwarna Kuning. Teksi mudah dilihat dari semua sudut disebabkan warnanya yang terang dan cerah.

Ini cerita lama bagaimana New York menyelesaikan masalah lalulintas mereka. Hanya dengan cara yang sangat asas dan mudah. Tanpa memerlukan penyelesaian yang sophisticated. Dan sistem asas ini ditambahbaik sedikit demi sedikit.

Saya suka menarik perkara ini kepada inovasi. Bermula dengan perkara asas yang sangat kecil dan mudah untuk memberi kesan yang besar dan jangka panjang. Seterusnya kembangkan dengan menggunakan perkara- perkara yang lebih advanced.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli