Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Antara 4 Fotografi Terlarang Yang Anda Harus Tahu Jika Melancong Ke Jepun

No Comment

Mengambil gambar untuk dijadikan kenangan sudah menjadi trend pada masa kini, ia sebagai salah satu cara menyimpan memori di satu-satu tempat. Kebanyakan, dari kita yang pergi melancong atau bercuti di negara luar akan mengambil sebanyak mungkin gambar apabila berada di tempat tersebut.

Tidak dapat dinafikan, dengan kecanggihan teknologi, kita mampu untuk mengambil gambar dengan cantik, di pelbagai tempat. Jika berseorangan pula, kita mungkin akan berselfie, dalam merakam kenangan indah berada di tempat orang.

Namun begitu, tahukah anda, tidak semua tempat membenarkan anda untuk berselfie, lebih-lebih lagi di negara Jepun. Terdapat sensitiviti atau larangan untuk mengambil gambar dan berselfie. Jom kita baca perkongsian dari saudara Dzulhaidy Abdul Rahim akan fotografi terlarang di Jepun.


FOTOGRAFI TERLARANG

Hehehe.. maaflah tajuk kontroversi sikit sebab nak tarik perhatian. Apa fotografi terlarang ni? Hmm..

Bila kita travel kita mesti bawa kamera untuk merakamkan detik-detik kenangan terindah kita di negara yang di lawati tu.

TRIGGER HAPPY

Ada yg teruja dan menjadi "trigger happy" dan mengetip semua benda sepanjang perjalanan kita. Ada yang "kedekut shutter" macam saya yang hanya snap gambar bila rasa gambar tu ada makna sahaja, bukan poyo tapi terikut disiplin kamera filem.

Zaman filem dulu kalau trigger happy, segulung filem dah RM 4 (kot..dh lupa) belum kira nak cuci lagi.. ok balik kepada topik. Saya listkan beberapa fotografi terlarang semasa di jepun ye.

1. SELFIE/WEFIE/SUAFOTO

Sebelum saya kena bash izinkan saya jelaskan. Selfie dengan menggunakan selfie stick di STESEN-STESEN KERETAPI, PUBLIC AREA TERTENTU DAN TAMAN TAMAN-TAMAN TEMA adalah DILARANG!!

Kalau nak buat juga jangan sampai menganggu orang lain atau membahayakan diri sendiri tapi kalau boleh patuhilah undang-undang setempat ye.

2. TANGKAP GAMBAR KANAK-KANAK/BAYI

Di jepun memang tiada undang-undang untuk kita 'snap' gambar kanak-kanak dan bayi di kawasan umum. Tetapi atas dasar menghormati privasi mohon jangan terus snap tanpa keizinan ibubapa mereka dahulu.

Lokasi kindergarden dan juga sekolah pun kalau boleh jangan snap supaya tidak menimbulkan curiga. Kanak-kanak jepun di ajar berdikari pergi dan balik dari sekolah. Jadi kalau kita terlebih excited mengambil foto dikhuatiri boleh mendatangkan keraguan tentang niat sebenar kita.

3. BANGUNAN-BANGUNAN IBADAT

Ada setengah bangunan ibadat tidak membenarkan kita untuk mengambil gambar di dalamnya. Patuhi larangan setiap tempat yang kita lawati.

4. DRONE

Tidak di nafikan fotografi menggunakan drone menjadi kegilaan sekarang ini, tetapi di Jepun semua public area termasuk taman-taman awam adalah NO FLY ZONE bagi drone.

Ini adalah untuk keselamatan pelawat-pelawat yang lain. Hanya di kawasan seperti sawah padi, hutan yang terpencil dan tempat yang tidak ramai orang lalulalang sahaja pilihan untuk drone photography/videography.

Itulah antara beberapa fotografi "terlarang" di jepun samada dari sudut etika ataupun undang-undang. Kalau ada yang tak tepat mohon tegur saya. Semoga bermanfaat. - Siakap Keli

BACA: Tip Untuk Memastikan Waktu Travel Anda Digunakan Secara Optimum, Dan Maksimumkan Tempat Yang Dilawati
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli