Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harith Iskander Layak Ke Peringkat Akhir Funniest Person In The World Di Finland


Pelawak terkenal negara,  Harith Iskander dilaporkan telah layak ke final pertandingan 'standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir, Harith diberitakan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

"Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna internet.

"Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional," katanya.


Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada final nanti di mana dia mengaharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.

"Saya belum dapat link laman web yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

"Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli