Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harith Iskander Dinobat Sebagai Juara Funniest Person In The World 2016



Kuala Lumpur, 10 Dis - Pelawak terkemuka Malaysia, Harith Iskander dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Funniest Person in The World (Manusia paling lawak dalam dunia) sebentar tadi sekaligus membawa pulang hadiah berjumlah AS$100,000.

Artikel Berkaitan: Harith Iskander Layak Ke Peringkat Akhir Funniest Person In The World Di Finland

Kemenangan Harith itu diumumkan oleh pengajur acara tersebut, Laugh Factory menerusi Facebook rasmi mereka.

Laugh Factory juga mengucapkan tahniah kepada Harith Iskander di dalam pengumuman tersebut.


Di dalam final pertandingan tersebut, Harith berentap dengan pelawak dari India, Filipina, Greece dan Israel.

Pertandingan Funniest Person in The World 2016 menyaksikan penyertaan dari pelawak-pelawak dari 20 buah negara bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi 2016.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli