Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Yang Berhutang Dadah, Ibu Pula Yang Kena Bunuh, Ditemui Dengan Tangan, Kaki Dan Mulut Terikat


Gara-gara anak berhutang dadah sebanyak RM30,000, seorang wanita warga emas maut dalam kejadian samun dan bunuh di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai di sini, Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr  Ab Rahman Ismail berkata, penahanan anak mangsa berusia 35 tahun pada Selasa lalu, berjaya membantu polis merungkai kes kematian warga emas berkenaan di rumahnya.

“Setelah berjaya menahan anak tunggal mangsa, polis kemudian menahan seorang rakannya berusia 25 tahun pada Rabu lalu, di sebuah kedai kopi di Kuala Krai.

“Suspek kedua mendedahkan, terdapat dua lagi individu terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya, semalam.

Menurut beliau lagi, berdasarkan maklumat siasatan sua orang suspek kejadian dikatakan sedang mengesan anak tunggal mangsa untuk diculik kerana gagal melangsaikan hutang berkaitan dadah itu.

Bertindak atas maklumat itu katanya, sepasukan polis berjaya mengesan dan menyerbu tempat persembunyian dua suspek utama kes pembunuhan berkenaan, namun kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan untuk mengesan mereka.

“Pemeriksaan di lokasi turut membawa penemuan sebuah khemah, komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang dilarikan pada Isnin lalu, kain tudung dan sekeping kad pengenalan milik seorang suspek berusia 22 tahun,” katanya.

Pihak polis percaya mereka mampu menyelesaikan kes berjenaan dalam jangkamasa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli