Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) Pemilik Kambing Terkejut Jumpa Ular Sawa Tersadai Baham Ibu & Anak Kambing Sekaligus


KUANTAN – Seorang pemilik ternakan terkejut apabila mendapati seekor kambing betina seberat 30kg dan anaknya seberat 10kg dibaham sekaligus oleh seekor ular sawa di sebuah ladang kelapa sawait di Felda Bukit Tajau, Maran di sini pada Khamis lalu.

Menurut Che Haiziz Che Mustapha, 37, kejadian yang berlaku kira-kira 10 pagi itu disedari olehnya sewaktu pergi ke kandang yang terletak di ladang terbabit.

Kosmo! Online melaporkan, Che Hazizi, terkejut melihat ular sawa tersebut kekenyangan berada di tepi pagar dalam kawasan kandang kambing.

Terkejut saya apabila melihat seekor ular sawa yang kekenyangan berada di tepi pagar dalam kawasan kandang kambing.

Setelah diperhatikan dan meninjau keseluruhan kandang, saya dapati ular yang sudah kegemukan itu rupanya telah menelan dua ekor kambing iaitu seekor kambing betina dewasa dan anaknya. 

Saya dapat kenal pasti memandangkan kedua-dua ekor kambing ini saya tempatkan di sebuah bilik khas dalam kandang kerana ibu kambing kurang sihat,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di kandang kambing miliknya.

Sebelum ini saya sendiri tak pernah nampak ular sawa di sini. Mungkin disebabkan cuaca hujan, ular sawa itu lapar dan mencari makan.

Saya sudah ternak kambing selama dua tahun dan kini ternakan tinggal 59 ekor sahaja daripada 61 ekor,” katanya.

Che Haiziz berkata, reptilia terbabit dibawa keluar ke kawasan kampung dan diserahkan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).







Sumber: Kosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli