Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Biarpun Baru Berusia 15 Tahun, Remaja Ini Sudah Ada Idea Untuk Syarikatnya Sendiri & Sudah Sudah Hadir Program Ilmiah Sendirian


Pada usia 15 tahun, biasanya para remaja masih lagi sibuk membelek buku teks untuk menelaah mata pelajaran bagi peperiksaan PT3. Namun bagi remaja 15 tahun ini, PT3 bukan lah segala-galanya.

Pada usia semuda itu, Muhamad Firdaus Ali bukan sahaja sudah mula berani menghadirkan diri ke program-program ilmiah sendirian, malah sudah ada idea untuk syarikatnya startup nya sendiri.

Kisah menarik kanak-kanak itu dikongsi oleh saudara Redhuan Daniel Oon. Difahamkan, Redhuan merupakan seorang yang terkemuka dalam bidang teknologi maklumat.

Menerusi satu posting yang dimuat naik di Facebook pada November lepas, Redhuan berkongsi foto Muhamad Firdaus dengan kapsyen:

"Kanak-kanak 15 tahun ini datang sendiri ke program (ini) dan selepas habis pembentangan saya, dia turut menghampiri saya meminta nasihat.

"Dia mula menulis kod sejak berusia 8 tahun dan sudah menulis idea untuk syarikat startup.

"Nasihat saya, 'keluar dari sekolah sekarang' kerana kamu kini diambil bekerja oleh projek top dalam dunia ini dan saya akan jadikan kamu bintang", tulis Redhuan.

Selepas menyelusuri Facebook Muhamad Firdaus, didapati remaja berusia 15 tahun itu bukan calang-calang orangnya.

Berbeza dengan remaja seusianya, Muhamad Firdaus dilihat sebagai seorang yang sentiasa mengambil tahu isu semasa dunia dan dalam negara. Dia juga turut melontarkan pandangan bernas bersama bahasa yang sangat teratur di laman sosial itu. Sesuatu yang jarang dilihat pada remaja sekarang.

Antara pandangan yang dilontar oleh Muhamad Firdaus.
Pandangan Muhamad Firdaus mengenai cara pembayaran baharu yang diperkenalkan oleh Amazon, Amazon go.


Malah, Muhamad Firdaus turut memberikan pendapatnya mengenai isu permintaan gaji tinggi yang didakwa menyebabkan graduan baharu tidak diterima kerja.



Menurut profil Facebook Muhamad Firdaus, dia bersekolah di Sekolah Islam Hidayah, Johor.

Apa yang pasti, remaja ini mempunyai masa depan yang cerah lebih-lebih lagi dalam dunia teknologi maklumat.

Sumber: FB Redhuan D. OonFB Muhamad Firdaus
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli