Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Pakai Kostum Singa Ke Zoo Tarik Perhatian Seekor Singa Jantan, Respon Yang Diberikan Singa Itu Amat Tidak Disangka


Singa, seperti diketahui adalah antara binatang buas yang merbahaya, raja rimba ini bukanlah haiwan yang boleh dibuat main-main atau binatang peliharaan.

Namun, ada sebuah kejadian yang amat menarik terjadi Zoo Atlanta, Amerika Syarikat di mana seorang budak kecil twlah dipakaikan kostum singa telah di bawa ke zoo berkenaan oleh ibu bapanya.

Apabila sampai ke kawasan kandang singa yang dipisahkan dengan dinding kaca, kanak-kanak itu telah diletakkan rapat dengan cermin berkenaan.

Seekor singa jantan telah merapati kanak-kanak tersebut, dan apa yang berlaku sungguh mengejutkan, haiwan buas itu seolah-olah manja seperti melayani anaknya sendiri.



Singa jantan berkenaan dilihat menggesel-geselkan kepalanya ke cermin seolah-olah menggesel ke kanak-kanak tersebut.



Kejadian itu ternyata mengejutkan ibu bapanya di mana perbuatan yang seolah-olah menunjukkan rasa kasih sayang seekor singa kepada anaknya. - Siakapkeli.my

Sumber: lifebuzz
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli