Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Berusia Tiga Bulan Maut Dimakan Tikus Gergasi Ketika Ibu Keluar Berpesta



Johannesburg, Afrika Selatan - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan telah dimakan hidup-hidup oleh tikus gergasi selepas ibu kanak-kanak itu meninggalkannya seorang diri di rumah untuk pergi berparti, lapor portal Dailymail.

Kanak-kanak itu dibaham oleh tikus-tikus gergasi itu ketika dia berbaring di atas katil. Kejadian itu mendatangkan kemarahan jiran berdekatan rumahnya yang mahu ibu kanak-kanak terbabit 'mereput dalam penjara'.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan miskin di East Rand di sini.

Menurut laporan, ibu yang berusia 26 tahun itu terkejut apabila pulang ke rumah dan mendapati anaknya sudah meninggal dunia dan dia kini telah ditahan atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak.

Seorang lagi anak wanita berkenaan - yang juga kembar lelaki kepada mangsa - terselamat kerana dibawa bersama ketika ibunya keluar ke pesta terbabit.

Menceritakan kejadian ngeri itu, salah seorang jiran memberitahu: "Bayi itu mati dalam keadaan yang menyakitkan. Lidah, mata dan jari semuanya telah dimakan.

"Selain anggota badan yang hilang, mayatnya yang masih tinggal juga turut mempunyai kesan gigitan dan kesan luka dari gigi tikus. Wanita itu mesti mereput dalam penjara. Dia tidak layak jadi ibu', katanya.

Ibu bayi berkenaan terkejut selepas menemui mayat anaknya selepas pulang dari pesta.

Noluthando Mtshali, anak perempuan kepada tuan rumah di kawasan itu berkata: 'Satu-satunya benda yang disukai oleh wanita itu adalah keluar berpesta. Dia mula menyewa pada awal tahun ini'.

Tuan rumah, Mama Sesi Mtshali pula berkata: "Di sini memang ada banyak tikus. Wanita itu tinggalkan bayi-bayinya sendirian sepanjang malam sehingga bayi-bayi itu menangis sampai tertidur sendiri.

Polis Katlehong, Kapten Mega Ndobe mengesahkan bahawa wanita terbabit telah ditahan dan dia keluar mabuk ketika kejadian berlaku.

"Saya boleh sahkan bayi itu mati selepas dimakan oleh tikus. Ibunya telah ditahan dan kini menghadapi pertuduhan pengabaian kanak-kanak dan kes ini akan didengar di mahkamah tahun depan", katanya.

Tikus bersaiz gergasi di Afrika Selatan. Tikus bersaiz sama dipercayai memakan bayi 3 bulan itu.

Ini bukan kali pertama kes bayi dimakan tikus berlaku di kawasan Afrika Selatan.

Pada 2011, seorang bayi, Lunathi Dwadwa, mati dimakan makhluk itu di luar Cape Town ketika dia sedang tidur di atas lantai bersama ibu bapanya.

Lunathi

Pada tahun yang sama, seorang lagi bayi dimakan hidup-hidup di Soweto ketika ibunya sedang keluar bersama rakan-rakan.

Sebulan sebelum itu, seorang warga emas, Nomathemba Joyi, 77, maut apabila seekor tikus gergasi memakan kawasan mukanya ketika dia sedang tidur.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli