Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Untuk Mengelakkan Kanak-Kanak Dari Menjadi Obes, Doktor Ini Kongsikan Tip Pemakanan Sihat Buat Kanak-Kanak

No Comment

Kanak-kanak memang memerlukan makan yang sihat sewaktu awal tumbesaran, ini bagi membantu mereka mendapat khasiat yang baik, sesuai dengan umur dan tumbesaran mereka. Ianya menjadi tugas utama bagi ibu dan bapa dalam memberikan nutrien yang baik buat mereka.

Namun begitu, terdapat segelintir ibu bapa yang mungkin kurang mendedahkan makanan berkhasiat buat anak mereka, dan secara tidak langsung telah menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami obesiti.

Tetapi, bagaimana pula caranya untuk memastikan kanak-kanak mendapat makanan yang seimbang? Untuk mengetahui diet seimbang yang boleh diberikan kepada kanak-kanak, Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsikan beberapa cadangan pemakanan yang baik buat kanak-kanak. Jom kita lihat diet yang sesuai buat kanak-kanak.


"Gemuk sikit, tak boleh ke, doktor?"

Sukar mahu menentukan seorang kanak-kanak itu obes atau tidak. Atau sekadar berlebihan berat badan. Tiada formula yang mudah untuk mengira BMI mereka.

Selalunya saya menimbang dan jika jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya, saya anggap ia sudah mengalami obesiti. Jika berlebihan tetapi belum masuk dua kali ganda beratnya, saya beritahu kanak-kanak itu berlebihan berat badan saja.

Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat. Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi 'ketagihan'.

Pengambilan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak, kerana ia mudah kenyang dan rendah kalori.

Saya mencadangkan:


1. Makan hanya di meja makan pada waktu yang ditetapkan

Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.

2. Berikan sarapan dan beri makan semula waktu makan tengahari

Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengahari setelah makan sebelum makan tengahari. Makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengahari, terus berikan makanan yang berkhasiat.


3. Tiada stok makanan ringan

Jangan simpan jajan, air berkarbonat, air dalam kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.

4. Makan sesekali sahaja

Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.


5. Elakkan makanan proses

Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.

Semoga ia membantu.

Bagi ibu bapa yang risau akan kesihatan anak mereka, dan ingin mengelakkan kanak-kanak dari mengalami obesiti, mungkin dengan cara pemakan yang sihat ini dapat membantu. Moga-moga anak-anak kita akan dapat membesar dengan nutrien yang mencukupi, dan hidup dengan sihat kelak. Jom kita miliki keluarga yang sihat. – Siakap Keli

BACA: Inginkan Makanan Sihat Untuk Anak Anda? 5 Cadangan Bahan Utama Ini Pasti Membuatkan Si Kecil Tidak Sabar Untuk Menikmati Hidangan Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli