Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Caranya Untuk Kita Sebagai Penonton, Menghargai Sesebuah Karya Seni, Pemuda Ini Kongsikan Tip Yang Boleh Diikuti

One Comment

Bagi mereka yang meminati seni persembahan, sudah semestinya mereka akan menghayati dengan penuh kusyuk dan cuba untuk memahami apa yang disampaikan oleh pelakon yang memainkan setiap watak di atas pentas tersebut.

Namun begitu, terdapat juga mereka yang buat-buat meminati seni, hanya kerana terdapat rakan atau kenalan mereka yang turut sama menjayakan persembahan tersebut. Ini bukanlah tidak baik, tetapi mungkin cara pembawaan diri mereka sewaktu sedang menonton membuatkan orang lain tidak begitu selesa.

Anda mungkin berpendapat, jika menghadiri mana-mana majlis seni yang diadakan, boleh sahaja untuk berteriak, atau bersorak begitu sahaja, namun, tidak semua persembahan seni boleh diraikan dengan cara sebegitu. Untuk mendalami dengan lebih jelas akan karya seni, saudara Fasyali Fadzly kongsikan beberapa tip yang harus dititik beratkan bila mana anda menjadi penonton.


Sebagai penonton, bagaimana anda menghargai karya seni? Ini dia saya sediakan beberapa tips.

1. Jangan bercakap dalam panggung sehingga mengganggu orang lain.

2. Jangan guna telefon. Letak dalam mode senyap. Kadang-kadang sampai dua tiga kali phone kau berbunyi dalam panggung dan kau tak letak langsung kat mode senyap.

3. Jangan tangkap gambar. Kalau dibenarkan, berpada-padalah. Orang lain nak tengok show juga. Jangan ingat kau ada pangkat, kau ada nama, kau rasa kau lagi hebat daripada orang lain membenarkan kau untuk tangkap gambar sampai ganggu orang lain.

4. Kalau kawan atau saudara anda perform, tak payahlah nak panggil-panggil nama dia masa dia tengah perform. Kalau kau nak bagitau diorang yang kau support diorang, bawa hadiah dan bagi sebelum atau selepas show. Cakap tahniah kat diorang.

5. Jangan bersorak. Kalau kau nak bersorak sangat pergi Gegar Vaganza. Atau tengok bola kat stadium.

6. Jangan bagi live feed comment masa orang tengah perform. Simpan semua komen kau sampai habis show. Lepas tu baru komen. Ni masa tengah show la kau singgung siku kawan kau dan cakap pasal costume la, pasal makeup la. Kau ni belajar seni, tapi etika menonton tak ada.

7. Ada show yang encourage kau untuk take part dalam performance, dan ada yang dipentaskan dengan gaya conventional. Kalau ada show yang memang nak kau sebagai penonton untuk bercakap, masa tu baru kau cakap. Kalau show tu takde suruh kau cakap, kau duduk diam dan jadi penonton je.

8. Kalau kau rasa nak bercakap sangat, kau keluar panggung dan cakap. Masa ni kau nak bercakap dengan orang ke, dengan bunga ke, takdehal. Sebab ada orang lain yang duduk belakang kau, depan kau atau sebelah kau yang nak fokus kepada cerita. Diorang tak nak dengar kau bercakap.

9. Jumlah komen dan kekuatan suara yang kau bagi masa show tengah berjalan tak menunjukkan yang kau ni pandai dan bijak dalam memberi komen. Dia hanya menunjukkan yang kau ni penonton bingai. Segala analisis kritikal hanya dibuat selepas pementasan habis.

10. Kalau kau rasa show tak best. Jangan cakap. Samada kau tidur (pastikan tidak berdengkur) atau keluar panggung tanpa mengganggu tumpuan penonton lain.

Sedikit tips kalau kau pergi galeri atau muzium.

11. Kalau kau pergi galeri lukisan, JANGAN SENTUH bahan pameran. Mungkin sesetengah bahan pameran sangat sensitif dan fragile. Maka, jangan sentuh. Mungkin kau merosakkan bahan pameran.

Dan aturan ini terpakai di seluruh dunia. Tak kisahlah kau tonton di panggung kat IB ke, ASWARA ke, KLPAC ke, kat New York ke.

Dan aturan ni juga tak terikat kepada sesetengah golongan sahaja. Kau penonton bayar RM5 ke, RM1000 ke, semua patut ikut peraturan ini. Sebab dalam panggung semua sama sahaja. Kau penonton. Takde bezanya.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ini macam statement lepas geram jee......huhuhhaahahiiii...

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli