Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Sudah Membuat Penukaran Kad Debit Paywave Yang Baharu, Perkara Penting Ini Juga Perlu Segera Dilakukan

No Comment

Semua sudah maklum bahawa penukaran kad ATM yang baharu perlu dilakukan, untuk menggantikan kad ATM yang sedia ada, dan ianya termaktub kepada semua pemegang kad debit yang ada.

Dengan penukaran kepada kad baharu ini, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Melalui perkhidmatan ini, ia membolehkan pengguna untuk hanya menyentuh kad, tanpa perlu memasukkan nombor pin.

Namun begitu, anda juga tahu kemungkinan kad anda boleh digunakan begitu sahaja tanpa pengetahuan anda amat tinggi, lebih-lebih lagi jika dompet anda dicuri, dan kad anda boleh diakses oleh pencuri begitu sahaja. Bagi mengelakkan berlakunya perkara sebegini, saudara Anwar Badroldin kongsikan tip yang boleh dilakukan dalam mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru anda. Jom kita baca perkongsian darinya.


TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU

Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan.

Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.

Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)

Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru

1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka
2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.
3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.
4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.
5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.

Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku.

Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain.

Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.

Assalamualaikum

Anwar Badroldin

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli