Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Perkara Yang Boleh Dipelajari, Melalui Aktiviti Sukan ‘Water Rafting’ Yang Dapat Dikaitkan Dengan Kehidupan Kita

No Comment

Dalam melakukan apa sahaja kerja, mahu pun tugasan, ia sering kali akan memberikan kesan atau impak terhadap kehidupan seharian. Ada kalanya, apa yang kita lakukan selama ini, memberikan sesuatu yang baru, terhadap gaya hidup kita pada masa kini.

Ia termasuk juga dalam melakukan aktiviti sukan, yang mana secara tidak langsung dapat menjadikan badan kita lebih cergas, juga meberi kesihatan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, sukan juga mampu menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab dan prihatin antara satu sama lain.

Bagi saudara Muhammad Lukman Al Hakim, beliau dapat mempelajari sesuatu yang baru, menerusi aktiviti sukan yang dilakukannya, iaitu ‘water rafting’. Ia juga dapat dikaitkan dengan apa yang dilalui, atau dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia yang wujud di atas muka bumi ini. Jom kita lihat, apakah perkara yang boleh dipelajari melalui water rafting.


7 PERKARA YANG SAYA BELAJAR DARI SUKAN WATER RAFTING

1. Persediaan kekuatan penting untuk menang. Sukan ini memerlukan stamina dan kelasakan, kekuatan tangan untuk mendayung serta keanjalan dan keseimbangan tubuh badan di atas bot.

Dalam organisasi dakwah, stamina adalah raja. Rutin hidup yang sentiasa padat dan genting memerlukan kekuatan mental dan tubuh badan. Yang lemah dan lembik akan terus tertinggal dan dikenang sebagai ahli yang melambatkan jemaah.

2. Letakkan ahli di posisi yang terbaik. Perenang yang mahir dan berani perlu duduk di bahagian hadapan sekali manakala pengemudi yang berpengalaman perlu duduk di bahagian belakang bot.

Organisasi yang tidak mengenal potensi setiap ahli dan meletakkan mereka di posisi yang silap akan pasti gagal. Ahli tidak gembira, fungsi amal tergendala dan prestasi jemaah terdedah bahaya.

3. Kaji medan sebelum terjun. Pengetahuan dan kajian terhadap keadaan pasang surut air sungai, kedudukan batu, kelajuan air dan lokasi jeram yang merbahaya sangat membantu perjalanan.

Begitu juga dengan realiti kehidupan, jangan pernah syok sendiri berprogram atau merancang strategi. Kaji, belajar, dalami dan semak. Medan berubah dengan cepat dan begitu juga perancangan musuh Islam!

4. Semangat kerjasama pasukan merupakan oksigen. Kedudukan dalam bot, komunikasi antara semua pendayung dan pelan kecemasan mesti dipatuhi. Bantu rakan yang tercampak keluar atau ketakutan.

Tiada erti jemaah islam tanpa amal jama'ie (kolektif). Sejarah perjuangan para Nabi membuktikan Islam menang dan tertegak sebagai satu gerakan yang tersusun, bukan hasil kehebatan seorang individu.


5. Kemahiran ramuan utama keyakinan. Kemahiran berenang, menyelam dan menyelamat akan memberikan kelebihan moral dan kekuatan mental kepada pendayung.

Dalam dakwah, sesiapa yang tak mahir akan sentiasa rasa takut, lemah, tak selamat dan tertinggal. Kenalpasti kemahiran yang diperlukan untuk jadi wira, dan kuasainya dengan semangat waja.

6. Kegagalan satu lumrah. Tak sah kalau tak basah. Bot terbalik bukan sesuatu yang pelik. Pengalaman hampir lemas takkan terlepas.

Definisi kejayaan wujud kerana kegagalan. Sungguh jalan dakwah bukan mudah dan sebagai manusia lemah kita pasti akan gagal. Cuma jangan putus asa, kutip kegagalan untuk bina masa depan Islam yang lebih gemilang.

7. Sehebat-hebat manusia, dengan mudah boleh ditelan oleh makhluk Allah yang terdiri dari titisan-titisan air yang lembut. Ini pengajaran paling besar yang saya dapat, bahawa betapa lemahnya manusia.

Bergantung haraplah hanya kepada-Nya!

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli