Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Kelengkapan Persekolahan Ini Perlu Disediakan Ibu Bapa Buat Anak Mereka Yang Bakal Kembali Ke Sekolah

No Comment

Sudah pasti bila tibanya hujung tahun, ibu bapa akan sibuk untuk menyiapkan keperluan sekolah buat anak mereka. Mungkin ada di antara ibu bapa yang akan membelikan barangan keperluan persekolahan yang baharu buat anak mereka, namun, ada juga yang hanya menggunakan kelengkapan yang lama, atas sebab ianya masih elok, dan boleh digunakan lagi.

Walau ia baru atau lama, anak-anak ada ketikanya, tidak kisah dengan semua itu, ini kerana mereka sudah cukup gembira untuk kembali ke sekolah, bertemu dengan rakan mereka, yang telah lama tidak berjumpa.Sudah menjadi kebiasaan buat mereka, untuk beramah mesara, pada hari pertama persekolahan.

Tetapi, bagi ibu bapa yang pertama kali merasai pengalaman mempunyai anak ke alam persekolahan, mungkin akan mengalami sedikit persoalan, di mana, barang kelengkapan persekolahan yang mana perlu dibelikan buat anak-anak, dan berapa banyak yang mereka perlu ada, untuk sepanjang tahun persekolahan. Untuk itu, saudari Nadia Rahim, kongsikan beberapa keperluan utama persekolahan untuk anak, yang perlu ada, serta berapa banyak yang harus disediakan. Jom kita baca perkongsiannya.


"NAK BELI BERAPA? "

Selalu mak2 tanya soalan ni kan?


1. Uniform sekolah

Belilah 3 pasang kain yg berkualiti. Cukup masa nak rotate nanti. Antara brand yg berbaloi dibeli, Newberry label hitam kuning ni. Harga RM23.90.Kain cotton berkualiti, warna putih nila, tebal & tak panas. Bilik darjah tade aircond, menggeletik panas kalau tengahari rembang. Kalau beli kain yg ada campuran polyester tu, lepas rehat, baunya azab untuk cikgu & rakan-rakan, anak pun tak selesa dah nak belajar bila peluh merecik-merecik dalam baju.


2. Kasut sekolah

Cari yg kain penuh & sarung terus, tak perlu bertali atau velcro tape. Beli 2 pasang, seminggu sepasang kasut. WAJIB tulis nama anak kat tepi kasut. Ya, bukan dalam atau bawah. TEPI KASUT. Wajibalghunnah. Bayangkan kalau hilang kasut, cikgu kena belek 1000 pasang kasut? Berpeluh oo. Di sekolah, anak akan masuk pusat sumber, bilik jqaf, surau, bilik pemulihan, etc... Semua tu kebanyakkannya kena tanggal kasut. Bila kasut sarung, anak tidak perlu nak duduk atas lantai koridor kotor untuk pakai kasut. Uniform pun tak kotor.

3. Tudung sekolah

Beli yang awning lembut tu, putih nila, 3 pasang. Harga RM10 sehelai. Inner snowcap putih. Kalau tercabut keronsang pun, tudung elok lagi dipakai kat kepala. Tapi saya syorkan, jahitkan cangkuk pada ruang muka, ganti keronsang. Ala, Macam shawl Cakenis tu. Kalau tudung lain, cikgu tengok pun kesian. Betul, anak-anak ni kalau pakai elok-elok, kat sekolah pun perangai bagus. Tiada la low self esteem. Tak percaya, cuba tanya cikgu lain.


4. Beg sekolah

Beli yang padded straps. Serius. Tak kira la harga berapa (ikut kemampuan masing2) tapi carilah yg padded straps. Beg sekolah berat. SK atau SJKC, dedua berat.eh, SJKC lagi berat. Sebelum beli beg yang ada roda, check dulu kelas anak dimana. Kalau kelas kat sarang burung, tak payah la troli tu. Kalau dalam sekolah, banyak tangga, (biasa sek kat bukit banyak tangga) tak payah la. 

Beg sekolah sekurang-kurangnya cari yg ada 2 compartment.bukan yg ada 1 ruang & lembik.kalau boleh, elakkan beli beg troli kalau anak bersekolah di sekolah ramai murid. Tak muat nak letak atas kerusi anak, nanti anak duduk x selesa. Sipi-sipi je bontot atas kerusi. Letak kat tepi meja, risiko disepak & tersepak tinggi sebab ruang kelas sempit.

5. Botol air

Ya, betul. wajib ajar anak bawa bekal air. Belikan botol air yg 750ml ke atas utk anak.paling-paling koman pun, beli je air mineral kat Shell yang jenis sport cap tu.bukan bagi air kaler-kaler ya.

6. Seluar dalam

Hmmm, tak payah gelak. Ramai okay anak pergi sekolah tak pakai spender. Tolong wajibkan anak pakai spender. 5 helai seminggu. Kalau yang perempuan, belikan seluar panjang cotton warna hitam atau blue black tu 3 helai. Kat Big10 & Giant, harganya RM9.90 sehelai. Kalau terselak pun, tak gugur jantung cikgu, kalau yang pakai pinafore, boleh belikan seluar paras peha kaler hitam, macam cycling pants tu. Aeon, Tesco, Giant, Big10 jual RM6.90 selai.

7. Stoking

Minimum 3 pasang, dwiwarna. Lagi bagus kalau 5 pasang, sepasang sehari. (ikut bajet masing2). Tapak hitam. Kain cotton elok, bukan cotton mix poly, sebab bila banyak bergerak & panas, kaki cepat berpeluh. Kalau stoking bukan cotton tu, kaki anak jadi gatal & bau kepam. Sebab tu ada anak yg buka kasut dlm kelas, tergaru-garu sepanjang belajar. Pilih yang panjangnya paras buku lali sahaja, tidak la merenyam betis bila panas berpeluh, dekat Aeon sekarang ada offer stoking Spongebob RM9.90/2 pasang.

Sekian, pesanan khidmat masyarakat
MakCikgu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli