Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Kelebihan Ais Ini Akan Membuatkan Anda Sentiasa Mempunyai Simpanan Ais Dalam Peti Sejuk

No Comment

Sudah pasti ramai di antara kita yang gemar minum minuman sejuk, lagi-lagi dengan ais yang banyak. Setelah berada di luar dengan cuaca yang panas, anda akan mendapatkan segelas minuman sejuk, atau jus yang boleh membuatkan badan terasa lebih segar dan nyaman.

Namun, bukan itu sahaja yang ais boleh lakukan, anda mungkin akan terkejut bila mengetahui 7 kelebihan lain ais yang boleh dilakukan pada diri anda. Ia sama sekali akan membuatkan anda tersenyum gembira, lagi-lagi buat mereka yang menjaga wajah. Jom kita lihat apa yang dikongsikan oleh Bright Side ini.


1. Terapi Sejuk

- Pastikan wajah anda bersih jika ingin menggunakan terapi sejuk (cold therapy)

- Gunakan sarung tangan untuk memegang ais. Ini akan melindungi tangan anda dari kesejukan, lebih-lebih lagi jika anda mengambil masa lama untuk terapi ini.

- Jangan kenakan ais secara terus pada wajah, tanpa mengalas dengan plastik atau kain.

- Anda boleh halakan ais pada jerawat atau bengkak pada bahagian mata.

- Untuk elakkan kulit terbakar, jangan biarkan pek ais pada badan lebih dari satu jam.

- Anda boleh tambahkan lagi kelebihan ais, dengan membuat kiub ais dari timun, the hijau, atau bawang putih.

2. Kulit Yang Mulus

Setiap petang atau sebelum tidur, bersihkan wajah anda, isi plastik dengan ais, dan perlahan-lahan urut wajah dan leher anda selama 3 minit. Dalam beberapa hari anda akan perasan, kulit wajah anda kelihatan lebih segar dan licin. Terapi ais juga menghalang kedutan dan membantu tidur yang lena.


3. Hilangkan Jerawat

Terapi ais merupakan salah satu kaedah yang baik untuk melawan masalah jerawat. Bersihkan muka, balut ais dengan sapu tangan atau kain bersih, dan secara lembut tekan pada bahagian jerawat selama 3 hingga 5 minit.


4. Kurangkan Kedutan

Caranya mudah sahaja, ini kerana ais akan melancarkan lagi peredaran darah dan menghalang kedutan di awal usia. Anda boleh mengurut wajah selama satu minit setiap hari, sebelum memakai alat solek.

5. Mengecilkan Liang Pori

Ratakan ais secara terus pada wajah selama 2 atau tiga minit. Jika anda lakukan secara konsisten, anda akan perasan, liang pori anda yang besar, dan terbuka itu akan mula untuk tertutup dalam hanya beberapa hari.

6. Mengurangkan Bengkak Mata

Jika anda menangis semalaman, dan bila bangun di waktu pagi, mata anda mula membengkak. Terdapat banyak sebab kenapa mata anda boleh membengkak, tetapi jangan risau, ais ada untuk menyelamat. Balutkan dua biji kiub ais dengan kain, tekapkan pada mata yang terpejam, dan urut dengan pergerakan seperti bulatan secara perlahan selama dua minit.


7. Lemak Di Bahagian Perut

Letakkan pek ais di atas perut anda selama 15 minit, ketepikan sebentar dalam masa 3 minit, kemudian ulang kembali. Paling lama, selama satu jam sahaja. Anda boleh gunakan pek ais bersama timun atau teh hijau, mahu pun kopi. Ais akan menukarkan sel lemak putih, kepada sel lemak berwarna coklat, yang boleh terbakar melalui proses matabolisma secara cepat dan mudah. Tetapi ingat, ianya lebih berhasil, jika anda turut mempunyai diet yang seimbang, dan senaman.

- Siakap Keli

BACA: Anda Mampu Mengekalkan Keremajaan Wajah, Dan Tampak Awet Muda, Dengan Hanya Memakan Labu
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli