Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Lelaki ini Temui Kotak Hitam Pesawat Selepas 31 Tahun Pesawat itu Terhempas Secara Misteri


Dua lelaki dari Boston telah berjaya menemui kotak hitam sebuah pesawat yang terhempas 31 tahun lalu seterusnya mungkin menyelesaikan misteri yang menyelubungi nahas pesawat Eastern Airlines Flight 980 yang terhempas di kawasan pergunungan di Bolivia.

Futrell dan Stoner memulakan pencarian apabila terinspirasi dari misi pencarian pesawat MAS MH 370 dan mula membuat kajian nahas pesawat lain.

Apabila mereka membaca tentang nahas di Bolivia itu, mereka terus memulakan pengembaraan untuk menyelesaikan misteri pesawat terbabit.

"Kolum (berita) berkata bahaya punca ia (pesawat) tidak ditemui kerana ia berada di altitud yang tinggi dan kawasan yang tidak boleh dimasuki. Dan dalam kepala saya mula berfikir ianya sesuatu yang tidak logik.", kata Futrell kepada CBS Boston.

"Saya berkata: 'Hei, kita boleh cuba dan cari benda ini. Ianya berada pada ketinggian 20,000 kaki. Kita tidak pernah pergi setinggi itu", tambah Futrell.

Mereka berdua menemui serpihan nahas itu pada awal tahun ini 1,000 kaki dibawah kawasan nahas.

"Kami temui rangka manusia, tanam mereka sebaik mungkin, dan temui berjuta-juta serpihan pesawat", kata Stoner dalam satu video pengembaraan tersebut.

Mereka juga turut menemui enam bahagian kotak hitam pesawat, termasuk bahagian perakam suara yang tersekat pada ais.

Ketika pulang ke AS bersama bahagian kotak hitam itu, pihak berkuasa bagaimanaun berkata mereka telah melanggar peraturan antarbangsa dan kotak hitam itu perlu diberi kepada Bolivia.

Futrell dan Stoner kemudiannya berjaya mendapatkan kebenaran dari Bolivia untuk menunjukkan bahagian itu kepada National Transportation Safety Board (NTSB).

Bahagian kotak hitam itu akan diambil oleh NTSB pada Januari ini.

"Apa yang mereka katakan kepada kami adalah 'Hey, terima kasih kerana membuat pencarian", kata Futrell.

Sumber: Breitbart
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli