Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Viral, Pasangan Halang Penjawat Awam Jalankan kerja Ditahan Dan Didakwa Hari Ini


SUNGAI BULOH: Sejak semalam menjadi viral di laman sosial sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki dan seorang wanita yang dilihat bertindak menghalang seorang penguatkuasa MBSA menjalankan tugas.

Tindakan wanita yang menarik baju dan lelaki yang seolah-olah tidak menghormati batas seorang terhadap wanita membuatkan netizen berang dan mengkritik tindakan mereka di mana rata-rata netizen tidak kira bangsa menempelak tindakan pasangan ini.

Memetik laporan Penang Daily, pasangan berkenaan yang terlibat dalam insiden pagi semalam telah ditahan polis.

Menurut mereka, pasangan itu telah ditahan beberapa jam selepas video berkenaan menjadi viral di laman sosial.


Berdasarkan laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sungai Buloh oleh penguatkuasa bernama Nurul Ain Isa yang menjadi mangsa, beliau menegaskan pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.

Beliau menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan, namun penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata kedua-dua suspek berusia 30 tahun itu ditangkap tidak lama selepas menerima laporan kejadian itu daripada mangsa.

"Suspek sudah ditangkap mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam ketika menjalankan tugas. 

"Kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Shah Alam pagi ini," katanya dipetik laporan Berita Harian.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli