Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video TMJ 'Tembak' Baju Merah: 'Bagi Saya ia Satu Respon Yang Kelakar & Saya Suka Dengan Perkara itu', kata Jamal



Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan video Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang 'menembak' ahli kumpulannya sebagai 'kelakar' dan beliau berbangga apabila aksi seni mempertahankan diri kumpulannya mendapat perhatian pihak istana Johor itu.

Respon itu diberikan oleh Jamal selepas video parodi itu dimuat naik oleh laman Facebook Johor Southern Tiger semalam.

"Ianya adalah satu respon yang sangat kelakar bagi saya, dan saya suka dengan perkara itu.

"Bagi saya apa yang kami lakukan itu menarik perhatian TMJ dan TMJ memberi respon. Bukan senang seorang raja memberikan respon.

"Jadi apa pun yang kami buat ketika demo tersebut, maksudnya berjaya bagi pihak kami", kata Jamal kepada wartawan Sinar TV.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli