Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Saya Bukan Manny Pacquiao', Penoreh Getah Dari Sabah ini Punyai Wajah Mirip Petinju Lagenda, Manny Pacquiao



KENINGAU – Seorang penoreh getah di sini hidup bagaikan selebriti di kampungnya kerana memiliki wajah mirip petinju dari Filipina, Manny Pacquiao.

Aloysius Taidin, 43, dari Kampung Kabatang Baru, Sook berkata, dia mula menyedari perkara itu enam tahun lalu apabila ditegur oleh seorang lelaki di pekan Sook.

Saya tidak mengenali orang itu tetapi dia terus menerus memanggil saya dengan nama Manny Pacquiao.

Dia kemudian mengajak saya minum dan kami berborak panjang mengenai petinju tersebut yang dikatakan mirip muka saya,” ceritanya.

Peminat sukan kickboxing itu memberitahu, dia kemudian mula mencari gambar-gambar Pacquiao dan akan tersenyum setiap kali menatapnya.

Wajah kami hampir sama dan ramai yang mengatakan senyuman, mata dan bentuk muka kami sangat seiras. Cuma tubuh saya lebih kecil dan rendah berbanding Pacquiao.

Rasa lucu pula apabila rakan-rakan kampung turut memanggil saya dengan nama Pac­quiao,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Tambahnya, dia mengagumi kehebatan petinju itu apabila melihatnya bertarung di gelanggang melalui televisyen sekitar enam tahun lalu.

Kalau diberi peluang, saya ingin bertemu petinju itu. Namun buat masa ini, saya hanya akan meneruskan rutin harian sebagai penoreh getah untuk me­nyara keluarga,” katanya.

Manny


Sumber: Kosmo
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli