Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakaman Video Mesin ATM Rosak Sembur Beratus-Ratus Keping Duit Tersebar



PETALING JAYA: Satu rakaman CCTV yang merakamkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengeluarkan beratus-ratus keping kertas tersebar di media sosial hari ini.

Video berdurasi selama 17 saat yang dikongsi di laman perkongsian Youtube itu merakamkan seorang lelaki muda yang memakai topi dan berpakaian kasual terkejut apabila ATM tersebut memuntahkan kepingan duit yang banyak.

Dia kemudian membongkok dan mengumpulkan duit tersebut yang dipercayai berjumlah RM10,000.



Tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi kejadian atau sama ada lelaki terbabit melaporkan insiden itu kepada pihak bank.

Rata-rata pengguna laman sosial kurang percaya dengan rakaman video tersebut selain ada yang berharap kejadian berkenaan berlaku kepada mereka.


Sumber: mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli