Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Nama Donald Trump Ditulis Dalam 'Death Note' Viral



10 Nov - Satu video yang merakamkan nama Donald Trump ditulis dalam buku Death Note menjadi viral di media sosial Twitter.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter @bokuga_kira semalam dan kini telah mendapat lebih 54,000 tweet dan lebih 31,000 likes serta beratus-ratus komen.

"Kamu telah melakukan satu tugas yang baik untuk seluruh dunia. Bagus", tulis @baepsaeas.

"@bokuga_kira saya tak kenal siapa kamu tapi kamu hero saya", tulis @cultsugas

Semenjak video itu viral, orang ramai mula mengikuti langkah @bokuga_kira dengan memuat naik gambar dan video mereka menulis nama Donald Trump di buku Death Note.

Death Note merupakan satu manga Jepun yang dicipta oleh Tsugumi Ohba. Manga ini menceritakan tentang Light Yagami, seorang pelajar genius yang menemukan Death Note milik shinigami secara tidak sengaja.

Di dalam manga tersebut, nama yang ditulis dalam Death Note akan mati dan Yagami menggunakan peluang itu untuk membersihkan dunia dari penjenayah.

Donald Trump baru-baru ini membuat kejutan apabila berjaya mengalahkan Hillary Clinton untuk memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Sejurus kemenangan itu, media sosial dipenuhi dengan luahan-luahan hati yang mengutuk, mengecam dan tidak tercaya akan kemenangan Trump.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli