Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Lelaki ini Sudah Bela Aligator Kesayangannya Selama 34 Tahun, Benarkan Reptilia Itu Tinggal Serumah Biarpun Isteri Tak Suka



TOKYO: Dikala orang ramai memilih kucing, anjing, burung atau ikan sebagai haiwan peliharaan, lelaki di Tokyo ini memilih seekor aligator untuk menjadi peneman di rumahnya.

Lelaki tersebut, Nobumitsu Murayabashi, 65, membeli aligator itu pada 34 tahun lepas dan kini berat haiwan pemangsa itu sudah mencecah 46 kilogram dan 1.8 meter panjang.

Murayabashi juga sering dilihat membawa buaya kesayangannya itu bersiar-siar di sekitar Bandar Kure dekat Hiroshima sehingga menjadi perhatian umum.

Lebih mengejutkan, Murayabashi membenarkan haiwan itu hidup bebas dalam rumah bersama isterinya.





Murayabashi membeli reptilia tersebut di sebuah festival haiwan eksotik 34 tahun lepas dan mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran untuk membela haiwan itu yang dikenali sebagai Caiman.

"Saya tidak pernah membayangkan ia akan membesar seperti ini.

"Sudah 34 tahun berlalu sejak saya belinya dan sehingga kini saya masih membersihkan giginya," kata Murayabashi.

Bagaimanapun, isteri Murayabashi tidak meminati Caiman.

"Setiap hari isteri saya semakin menyampah. Jadi saya banyak menghabiskan masa bersama Caiman," katanya.

Caiman mempunyai tilamnya sendiri di dalam rumah.

Selain itu, Murayabashi turut mengakui menjaga haiwan peliharaannya itu sedikit leceh.

Dia terpaksa menukar pintu gelangsarnya sekali setahun kerana dirosakkan oleh haiwan Caiman.

Pakar menganggarkan jangka hayat aligator adalah antara 50-70 tahun. Jadi Murayabashi berharap dia dapat hidup lagi 30 tahun supaya dapat menjaga haiwan kesayangannya itu.



Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli