Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Dah Makan ke Belum? : 'Saya Ingat Pesan Ayah, Mudah Kasihan Nampak Orang Susah' - Polis Bantuan


Kuala Lumpur: Satu video viral yang memaparkan bagaimana seorang lelaki baik hati memberi makanan kepada seorang remaja lelaki yang sedang mencari sesuatu dalam tong sampah di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Ampang menjadi viral di media sosial sejak semalam.

 Lelaki di dalam video tersebut, Mohd Shafiq Harun, 20, berkata dia tidak menyangka video tersebut menjadi viral sehingga mendapat lebih 30,000 perkongsian di Facebook.

"Saya jenis yang mudah rasa kasihan dan lemah sekiranya ternampak orang susah yang mungkin sedang kelaparan.

"Tak sangka pula video itu viral kerana saya tidak sedar dirakam dan niat saya memang ikhlas dan bukannya mahu menunjuk sebab saya nampak dia sedang cari sesuatu dalam tong sampah.", katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Video itu dirakam dan dimuat naik oleh rakan wanitanya, Qkhazatul Ayuni Abdul Razak, 20, ke akaun FB. Kemudian, pengguna FB popular, Raja Mohd Shahrim memuat naik semula video itu dan telah mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta kali.

Menurut Shafiq, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu ketika dia ternampak remaja tersebut.

"Ketika saya ingin mengisi minyak Isnin lalu pada 8.15 malam, saya nampak dia di belakang kereta, tak tahu dia ingin cari apa.

"Kemudian saya nampak dia kutip tin dan bekas minuman dalam tong sampah dan masukkan ke dalam guni yang dia bawa.

"Dia tidak faham Bahasa Melayu, tapi saya suruh dia tunggu sebentar sebelum saya masuk ke stesen minyak dan belikan dia roti, biskut dan air minuman," katanya.

Menurut Shafiq lagi, dia mudah tersentuh dengan situasi seperti itu kerana dia sentiasa berpegang kepada kata-kata bapanya.

"Ayah saya pernah cakap, kalau mahu hidup senang kita perlu keluarkan duit dan bukannya kumpul duit. Jadi saya faham maksudnya adalah bersedekah.

"Kadang-kadang masa saya bertugas pun saya cuba bersedekah dan beri apa yang saya mampu," katanya.


 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli