Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Tolonglah Datang, Makan Percuma Pun Tak Apa' - Pemilik Kebun Minta Pelancong Datang Makan Buah di Kebunnya


RANTAU PANJANG , 15 Nov- Kerana ribuan pokok buah terbiar dan tidak laku untuk dijual, pemilik kebun di Lubok Stol terpaksa akur buah-buahan mereka itu akan terbiar begitu sahaja hingga menjadi baja.

Penduduk, Ramli Che Ngah, 52, merayu agar pelancong datang ke kebunnya dan makan buah secara percuma.

Tolonglah datang, makan percuma pun tak apa. Saya sedih tengok buah buruk begitu sahaja, nak jual pun tak laku, lambat laun jadi baja,” katanya.


Menurut Ramli, dia cuba untuk menjual buah-buahan di kebunnya itu namun terkejut apabila pihak pembeli hanya mahu membeli dengan harga 10 sen sekilogram.

Kata Ramli, kebunnya yang berkeluasan 1.6 hektar itu mempunyai 100 pokok rambutan, 20 pokok rambai, 150 pokok dokong dan selebihnya petai.

Katanya, upah memanjat pokok yang mahal menyebabkan dia mengalami kerugian sekiranya berniat mahu menjual hasil pertanian tersebut.



Kalau nak beli dengan harga 10 sen, tapi saya perlu tanggung upah panjat pokok sebanyak 30 sen, lebih baik saya sedekah buah-buahan ini pada penduduk kampung,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Ramli juga turut memohon Jabatan Pertanian atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membantu penduduk untuk memasarkan buah-buahan tempatan ke pasaran luar negeri.

Ini kerana katanya, buah-buahan tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk luar Kelantan antaranya Johor Bahru.

Kami rayu pemimpin kerajaan negeri membantu meringankan beban kami dengan mengadakan pelbagai promosi antaranya program makan buah di kebun.

Bukan saya sahaja, malah lebih 80 peratus penduduk di mukim ini mempunyai kebun buah dan menghadapi masalah sama saban tahun,” katanya.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli