Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Tolong Hormati Jalur Gemilang di Baju Saya' - Kata Iskandar Kepada Jorgensen



Kuala Lumpur, 21 Nov - Tindakan juara perseorangan Terbuka China, Jan Jorgensen yang melemparkan baju pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin ketika perlawanan separuh akhir kejohanan itu ternyata mengundang perasaan tidak senang terhadap pemain Denmark itu.


Biarpuan Jorgensen terkenal sebagai pemain yang panas baran, tetapi tindakan itu dilihat melampaui batas dan sehingga mengundangn kritikan dari Iskandar sendiri.

Insiden itu berlaku pada set ketiga pada perlawanan akhir Terbuka China pada Sabtu apabila kedua-dua pemain bertukar gelanggang dan Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan.


Selepas melihat baju itu, Jorgensen dengan bersahaja melempar baju yang mengandungi lambang Jalur Gemilangke arah kawasan Iskandar.

Namun jurulatih Iskandar dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.

Iskandar juga turut mendedahkan kepada media bahawa Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan dia dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei


Iskandar turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.

"Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya," katanya.

Dalam perlawanan terbabit, Iskandar tewas kepada Jorgensen dalam pertembungan tiga set dengan keputusan 20-22, 22-20, 7-21.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli