Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Untuk Memastikan Waktu Travel Anda Digunakan Secara Optimum, Dan Maksimumkan Tempat Yang Dilawati

No Comment

Bila mana pergi melancong atau melawat ke sesuatu kawasan, sudah semestinya kita menginginkan percutian tersebut adalah yang terbaik. Ini kerana, bukan selalu dapat melancong, lebih-lebih lagi pergi ke luar negara, di mana mungkin hanya sekali semunur hidup, melawat ke negara tersebut.

Dalam memastikan perkara sebegitu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, anda mungkin akan membuat research, atau membandingkan beberapa itinerary yang telah dikongsikan oleh orang lain. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang perjalanan dengan lebih teliti.

Tetapi, bukan itu sahaja yang anda perlu lakukan, terdapat beberapa perkara lain yang anda harus pertimbangkan juga, dan The JetSetters kongsikan beberapa tip yang anda boleh ikuti, supaya percutian anda lebih padat dengan tempat yang perlu dilawati sesuai dengan masa yang anda ada. Jom kita lihat bagaimana perancangannya.


TIPS: Bagaimana Nak Optimumkan Waktu Travel Dengan Maksimumkan Tempat Yang Dilawati

Bila nak merancang utk melawat sesuatu tempat, pastinya kita akan tertanya2 "Apa yang best kat situ?". Selain dari baca pengalaman orang lain atau copy itinerari, kami nak kongsi beberapa tips agar trip yang dibuat lebih bermakna.

1. Tentukan destinasi dan buat carian di internet

"Tempat menarik di XXX"
"XXX attractions"

Saya suka refer pada Trip Advisor dan mendapatkan review traveler lain di sana. Review amat penting lagi2 kalau kita hanya ada masa dan resource yang terhad.

2. Gunakan Google Map

Check lokasi tempat tujuan dengan Google Map. Tempat yg berdekatan, kita boleh lawat sekaligus. Study sikit tentang tempat-tempat tu agar boleh estimate berapa lama yang paling optimun untuk berada di situ.

3. Kaji Jarak Dan Tempat Menarik Di Sekitar

Sekiranya tempat tujuan adalah jauh dari tempat kita memulakan perjalanan, seperti dalam gambar, katakan dari London nak ke Stratford Upon-Avon (tempat Shakespeare) dengan berkereta, gunakan Google map & akan nampak jelas bahawa kita bakal melalui Oxford dan Bicester. Atas sikit dah Birmingham dan Coventry. Plan betul2, daripada satu destinasi dah boleh dapat lawat 5 tempat.

4. Ketahui Aktiviti Menarik

Gunakan Google untuk ketahui tempat-tempat dan aktiviti menarik di sekitar destinasi lawatan tapi jarang disebut.

5. Pastikan save alamat tempat2 tersebut supaya senang nak cari nanti

Buat study jangan malas atau cuma harap pada itinerary orang yg dah pernah sampai je. Kadang-kadang (most of the time) tempat yang orang jarang sebut itu yang best. Happy hunting! - Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli