Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Untuk Memastikan Ubat-Ubatan Tidak Mudah Diakses Oleh Kanak-Kanak

No Comment

Untuk mendapat kesihatan yang baik, sudah semestinya anda mempunyai ubat-ubatan atau diet tambahan yang anda sering gunakan dalam hari ke hari. Sudah tentunya, setiap apa yang anda ambil, mempunyai cara pemakanan yang tertentu bagi mengelakkan berlakunya simptom atau kesan sampingan.

Pada masa yang sama, ubat-ubatan atau diet tambahan yang kebanyakan berbentuk pil, dan mempunyai pelbagai bentuk, serta warna yang menarik perhatian. Jadi, ianya secara tidak langsung akan membuatkan anak-anak, atau si kecil tertarik dengan ubat-ubatan tersebut. Ini akan menimbulkan masalah, jika mereka memakan ubat tersebut.

Bagaimana pula caranya untuk memastikan ubat-ubatan atau diet tambahan yang ada, tidak dapat diambil atau diakses oleh anak-anak, adakah hanya perlu diletakkan di tempat yang tertutup dan tinggi sahaja? Pegawai Farmasi, saudara Fahmi Hassan mempunyai tip yang boleh digunakan dalam menangani pemasalahan tersebut.


BUDAK MAUT TERMAKAN UBAT?

Semalam negara dikejutkan dengan kes yang amat memilukan. Seorang kanak-kanak maut setelah termakan 6 biji pil milik datuknya yang disyaki ubat darah tinggi kerana disangkakan gula-gula.

Kes kemalangan seperti ini yang melibatkan kanak-kanak sebenarnya bukan kali pertama berlaku. Amat menyedihkan kerana perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mengambil berat tentang cara simpanan ubat-ubatan yang selamat.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan semula kepada semua tips-tips yang boleh digunakan bagi memastikan ubat-ubatan tidak mudah diakses oleh kanak-kanak.

1. Simpan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dilihat oleh kanak-kanak. Sesetengah ubat mempunyai bungkusan, bentuk dan warna yang mungkin boleh menarik perhatian kanak-kanak.


2. Gunakan kabinet atau peti yang berkunci. Namun begitu, hati-hati dengan semangat ingin tahu kanak-kanak. Mereka mungkin curiga dan ingin merasa apa yang anda sorok.

3. Simpan ubat di dalam bekas asal. Pastikan label ubat jelas kelihatan.


4. Simpan ubat di dalam bekas atau bungkusan yang sukar untuk dibuka oleh kanak-kanak. Tidak semua jenis ubat dibekalkan dalam botol yang mempunyai penutup child-resistant.

5. Elakkan dari menipu kanak-kanak ketika memberi ubat dengan mengatakan ia adalah gula-gula atau vitamin. Kanak-kanak mungkin menyangka ubat anda juga adalah gula-gula yang boleh dimakan.

6. Jangan simpan ubatan anda bersama dengan tempat simpanan makanan, samada di dalam peti sejuk, rak atau kabinet.

Semoga sedikit tips ini dapat sama-sama dipraktikkan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang di masa hadapan. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli