Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Menjadikan Anak Perempuan Suka Untuk Menutup Aurat

No Comment

Ibu bapa yang mana tidak mahukan yang terbaik buat anak mereka, kalau boleh, apa sahaja yang diinginkan oleh anak, akan mereka turuti. Ini kerana, ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka turut merasai kesusahan yang pernah mereka alami suatu ketika dahulu.

Bukan itu sahaja, ilmu yang dimiliki jua, kalau boleh meliputi segala aspek kehidupan, di dunia, mahu pun di akhirat. Sememangnya, nilai baik ibu atau bapa mungkin tidak akan diwarisi oleh anak-anak, namun, jika dididik dengan baik sedari kecil, tidak mustahil anak-anak juga mampu untuk menjadi insan yang baik.

Dalam menitikberatkan aspek yang baik, admin ingin kongsikan, bagaimana ibu bapa boleh mendidik anak, khususnya anak perempuan dalam menutup aurat. Mari kita lihat tip yang dikongsikan oleh laman Warga Prihatin ini.


TIPS MENJADIKAN ANAK PEREMPUAN SUKA MENUTUP AURAT

Ramai yang tidak habis-habis bertanyakan 'manderem' apa yang RPWP guna untuk menundukkan anak-anak yang asalnya buas menjadi patuh dan taat.

Sebenarnya tiada manderem atau jampi pun. Yang ada hanya DOA dan usaha berjemaah.

Di pagi jumaat ini ingin kami kongsikan salah satu tips untuk menjadikan anak nisak suka menutup aurat.

1. Mulakan pakaian muslimah yang 'sesuai' dari kecil.. seawal 1-2 tahun.

2. Amalkan pemakaian yang patuh syariah secara istiqomah

3. Campurkan anak kita dengan jemaah rakan sebaya yang juga mengamalkan praktis yang sama.

4. Kita sendiri harus menunjukkan uswah yang sama.

5. Apabila dia sudah mumayyiz atau pandai berkata-kata, ceritakan kepada mereka baik buruk menutup aurat, khasnya apabila melihat ada nisak lain yang tidak berpakaian patuh syariah. Itu jadi penebat untuknya dari meniru amalan yang tidak kita suka.

6. Ajak mereka solat berjemaah, berpuasa sunat dan bacakan doa asas yang boleh mereka faham. Sebutkan apa sahaja kemahuan kita terhadap mereka dalam doa yang mereka aminkan itu. Lama kelamaan ia akan meresap dalam minda separa sedar sehingga dia akan sentiasa mengingati dan mengamalkannya secara istiqomah sekalipun di belakang kita.

7. Di RPWP ada pula ikrar harian, di mana anak-anak melafazkan ikrar untuk menjadi anak soleh sesuai dengan doa ibubapa.

Pendidikan paling berkesan ialah apa yang kita mulakan sejak buaian dan kita sendiri harus meneruskan pendidikan dan pembelajaran diri hingga akhir hayat. Usia tua tidak semestinya sempurna.

اُطْلُبُوا العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلى اللَّحْدِ

Artinya : “Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad”

Ada yang menyanggah hadis tersebut dan menganggapnya hadis palsu atau sebagai kata hikmah alim ulamak sahaja. Di samping gagal mengesahkan sanadnya, mungkin juga kerana dirasakan pelik apabila anak kecil dipaksa menuntut ilmu.

Kami tidak berminat dengan pertikaian itu. Yang penting process pembelajaran dan pendidikan akhlak harus, bahkan boleh berlaku sejak dalam kandungan lagi.

Sebagai contoh, hormon dan pelbagai kandungan darah seperti oksigen, gula, air, antibodi dan sebagainya yang mengalir dalam tubuh ibu turut 'membentuk' dan 'mendidik' bayi dalam kandungan. Emosi hasil dari tabiat baik mahupun buruk ibu mengalir melalui rentak aliran darah dan degup jantungnya.

Ibu-ibu yang terganggu emosinya ketika mengandung bakal melahirkan anak yang juga tidak stabil emosinya. Anak yang hidup dalam keluarga yang 'panas', tidak berakhlak dan kasar akan turut terdidik menjadi insan yang tidak baik akhlaknya.


Nabi SAW sarankan agar anak mula diazan dan iqamatkan sebaik saja ia lahir. Padahal anak itu belum tahu apa-apa. Namun percayalah bahawasanya itulah pendidikan awal yang berkesan jika kita tahu bagaimana 'meneruskan' hakikat azan dan iqomat itu. Namun kita tidak pernah mempelajari dan memperhalusinya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan” (HR Abu Ya’la).

Banyak lagi hadis berat yang perlu di kaji. Contohnya hadis yang menuntut kita "mendidik anak 100 tahun sebelum lahirnya". Ia nampak 'pelik' jika kita tidak memperhalusinya.

Ya, sistem pendidikan Islam adalah sesuatu yang unik dan berbentuk strategik. Apabila generasi sudah jadi porak peranda, sebenarnya sistem pendidikan itu telah dituba dan ia tidak terhakis dalam sehari dua. Apa yang kita alami sekarang telah dirangka dalam masyarakat kita oleh musuh agama lebih 100 tahun dahulu.

Untuk mengembalikannya semula, pendidikan yang strategik harus dikaji, dirangka dan diamalkan semula untuk jangkamasa 100 tahun juga. Banyak yang tidak lagi diketahui dan dihayati lalu perlu dijelaskan semula. Jelasnya kita sudah kembali jahil sebagaimana berlaku berulang kali di zaman sebelum dihadirkan Nabi-nabi.

Antara doa yang baik boleh di petik dari Firman Allah, antaranya..

QS As-Shafaat :100

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”.

QS 13. Ar Ra'd : 23

"Syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;

Syurga itu untuk dimasukki secara pekej keluarga. Kerana itu dikatakan rumah tangga itu sebagai MASJID dan TAMAN SYURGA. Itulah rumahku syurgaku. Semuga bermanfaat. - Siakap Keli

BACA: "Dari Hutang Keliling Pinggang, Kini Mampu Berniaga Kembali", Perkongsian Mengenai Ganjaran Bagi Orang Yang Bersedekah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli