Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Idea Untuk Memilih Minyak Wangi Buat Sang Jejaka, 3 Tip Mudah Ini Boleh Membantu Anda

No Comment

Selalunya jika membeli minyak wangi, sebaiknya tuan empunya badan lebih layak dalam membuat pilihan. Ini kerana mereka lebih tahu apa yang sesuai buat diri mereka.

Tetapi, ada ketikanya, si jelita ingin juga memberikan kejutan buat sang jejaka dengan memberikan hadiah minyak wangi sebagai tanda kasih dan sayang.

Namun, disebabkan tidak mengetahui bau-bauan yang sesuai buat lelaki, kaum wanita sering kali terpinga-pinga untuk memilih minyak wangi yang mana lebih sesuai. Admin ada jawapannya, jom kita lihat perkongsian dari saudari Siti Noor Aisah Abdullah ini.


3 TIPS MEMILIH MINYAK WANGI UNTUK LELAKI

Lelaki biasanya jarang mempunyai pilihan minyak wangi yang tepat bagi dirinya.

Jika anda mahu membeli minyak wangi untuk lelaki yang penting di dalam hidup anda, ikuti 3 tips :

1. Ketahui Gaya Hidupnya

Sama ada perokok, gemar bersukan dan persekitaran tempat kerja. Lelaki muda biasanya haruman sitrus dan segar. Lelaki berumur pertengahan menyukai haruman yang sedikit kuat. Ahli perniagaan menyukai haruman yang menarik perhatian dan dapat menunjukkan keyakinan dirinya.

2. Ketahui Situasi Untuk Memakai Minyak Wangi

Wangian semasa bekerja, bersosial atau majlis istimewa. Anda boleh pilih minyak wangi yang bersesuaian untuk suami, bapa atau teman lelaki anda.

3. Ketahui Samada Dia Sensitif Kepada Minyak Wangi Atau Tidak

Tidak semua lelaki mempunyai kulit yang serasi dengan minyak wangi terutamanya mereka yang alergik kepada bau-bauan. Pastikan anda bertanyakan terlebih dahulu supaya anda dapat memberikan sesuatu yang istimewa buatnya.


Mungkin teman istimewa anda selepas ini sudah mempunyai pilihan minyak wangi yang sesuai buat dirinya, anda sudah pasti melakukan tugasan yang terbaik. Jom kita sama-sama berbau harum. Selamat mencuba. - Siakap Keli

BACA: Ketahui Mengapa Minyak Wangi Tidak Bertahan Lama, 8 Perkara Ini Boleh Menjadi Puncanya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli