Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Taman Tema Dikecam Kerana Bekukan 5,000 Ikan & Hidupan Laut Lain Dalam Gelanggang Luncur Ais


Jepun - Sebuah taman tema di Jepun dikecam selepas tindakan mereka membekukan 5,000 hidupan laut di lantai gelanggang luncur ais seterusnya menyebabkan taman tema itu ditutup kerana kecaman ramai.

Antara haiwan yang dibekukan adalah ikan, ketam, dan kerang yang dijadikan oleh taman tema itu sebagai satu tarikan untuk musim sejuk ini yang dipanggil 'Freezing Port'.

Taman tema itu mengiklankan gelanggang luncur itu di posting Facebooknya dengan kapsyen termasuk 'saya sedang l..l...lemas, m...m...menderita'.
Pengarah taman tema itu, Toshimi Takeda memberitahu CNN bahawa dia terkejut dengan reaksi media sosial selepas berita tentang perkara itu dilaporkan di stesen tv tempatan.

"Kami terkejut dengan reaksi (dari media sosial) kerana gelanggang luncur itu sangat popular(dikunjungi ramai) sejak ia dibuka dua minggu lalu.

"(Tapi) kami mendapat pelbagai pandangan tentang projek itu, kami sangat terkejut.. Kami minta maaf dan mengambil keputusan untuk menutup gelanggang tersebut pada malam itu juga", katanya.

Tambah Tashimi lagi, ikan-ikan itu sudah dibuang dan tempat itu sudah menjalani 'upacara keagamaan' yang sepatutnya.

Menurut Tashimi juga, semua hidupan laut itu dibeli di pasaraya tempatan dan semuanya sudah mati sebelum dibekukan.

Kecaman dari Media Sosial

Selepas berita Freezing Port itu menjadi viral pada Sabtu, pelbagai respon diperoleh dari media sosial.

"Adakah seronok meluncur atas bekuan (haiwan) itu?" tulis sebuah laman Facebook Relief Pain Animals.

"Ianya sangat mengejutkan idea ini diterima secara normal di Jepun... Ini adalah daya penarik yang paling tidak teruk dari segi pengajaran", katanya lagi.

Kebanyakan pengguna media sosial lain turut menyatakan rasa kesal mereka dengan tindakan taman tema itu sehingga ada dalam kalangan mereka menyifatkan taman tema itu sebagai tidak mempunyai jiwa.

Sumber: CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli