Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sungguh Berbeza Budaya Gaming Malaysia Dan Eropah, Kisah Anak Malaysia Layak Ke Peringkat Dunia


Sudah pasti ramai antara kita kini pernah terbaca atau melihat berita yang menyatakan dengan hanya main game kita boleh kaya dan jadi jutawan.

Ianya mungkin agak baru di negara kita, tapi sebenarnya ia sudah menjadi salah satu bidang kerjaya bagi warga Eropah atau benua Amerika.

Namun ianya agak berbeza di negara kita, ramai beranggapan ianya sebagai aktiviti yang membuang masa, tetapi sebenarnya jika diasah ia merupakan satu kerjaya yang lumayan mengalahkan pegawai berpangkat besar.

Contoh permain game Malaysia yang berjaya adalah Chai Yee Fung atau dikenali sebagai Mushi di mana beliau telah mewakili sebuah pasukan dari US bernama Fnatic untuk kejohanan DOTA 2, di mana pendapatan beliau adalah RM 1.61 juta (setakat Februari lalu).

Jadi apa penghalangnya untuk anak Malaysia berjaya dalam bidang ini? jom kita baca nukilan daripada saudara Helmi Effendy di mana beliau menceritakan kisah suka duka adik beliau yang mewakili Malaysia dalam kejohanan FIFA 2016 di Perancis.


BEZA BUDAYA GAMING MALAYSIA DAN EROPAH

Banyak perkongsian menarik daripada adik aku sepanjang berada di sana. Tetapi aku tertarik tentang budaya gaming antara Malaysia dan Eropah. Sebelum apa-apa, biar aku beritahu ini foto antara juara FIFA 16 Asia Tenggara (adik aku) dan juara dunia. Ini juga adalah pengalaman pertama adik aku bertanding diperingkat dunia.

Untuk rekod, adik aku tak berjaya mengharungi ke pusingan kedua dan terkandas di peringkat kumpulan. Tetapi ramai rakyat Malaysia yang mengkondem perkembangan adik aku di Eropah terutama pakcik-pacik makcik serta anak muda yang culture shock apabila baru tahu bahawa industri permainan video juga merupakan sebuah karier yang menjanjikan pulangan lumayan.

Pengalaman paling berharga yang adik aku miliki ialah orang Perancis dan Eropah bukannya keyboard warrior. Sewaktu berita adik aku melayakkan diri ke peringkat dunia, ramai keyboard warrior berdendang di facebook, dengan mengatakan bahawa budak rumah diaorang lagi bagus main permainan video dan menghina pencapaian adik aku. Tetapi apabila datangnya kejohanan-kejohanan besar di Malaysia, dewan berlangsungnya kejohanan akan kosong. Ramai bersungut tentang harga.

Tetapi tidak di sana apabila dewan sentiasa penuh. Festival-festival permainan video di sana mendapat sambutan yang dasyat, walaupun jumlah bayaran untuk sehari mencecah sehingga ke 50 Euro iaitu persamaan dengan RM250 jumlah wang kita. Di Malaysia caj RM15 untuk memasuki festival gaming pun dah disungut oleh keyboard warrior ini.

Tapi nanti dulu... bukan itu sahaja yang disungut. Kekalahan adik aku mengundang mulut-mulut dari individu mentaliti rendah di alam facebook ini. Antara komen paling kelakar yang aku sempat baca:

"Aku dah cakap budak rumah aku lagi power."

"Jaguh kampung jer budak ni."

"Bodoh, main peringkat dunia pun kalah. Bangang. Sila Meninggal."

Hakikat yang mereka tidak tahu kerana budaya penerimaan permaianan video di Malaysia dan Eropah jauh berbeza yang menjadi faktor kepada kekalahan. Mereka tidak tahu bagaimana industri permainan video di Eropah bekerja. Aku nak kongsikan sedikit...



1. Adik aku ke Perancis sebagai seorang individu, tetapi semua gamer yang mewakili negara mereka adalah wakil kepada kelab-kelab terkemuka dunia. Mereka mendapat tajaan daripada kelab bola sepak ternama dari seluruh dunia. Ada wakil dari PSG - Paris Saint-Germain. Ada wakil dari VfL Wolfsburg. Ada juga gamer dari West Ham United. Mereka datang dengan pendapatan 6000 Euro sebulan.

Nak bermain ke tahap kejohanan dunia, terdapat sebuah aplikasi dalam permainan FIFA 17 yang dipanggil sebagai Fifa Ultimate Team yang melibatkan mencipta sebuah pasukan berasaskan semua pemain-pemain terbaik dunia untuk dimuatkan dalam sebuah pasukan. Adik aku harus membayar setiap permain yang mahu dibelinya dalam jumlah yang mahal bagi setiap pemain. 

Ada yang sampai mencecah RM800 untuk seorang pemain. Bayangkan berapa banyak duit nak dihabiskan untuk menyiapkan sebuah pasukan bola? Wow! Hampir mencecah bahkan lebih RM 10, 000!. Adik aku pulak freelancer yang pendapatan adalah berdasarkan jumlah kemenangan kejohanan yang disertainya. Mana kelab bola sepak Malaysia?

2. Bayangkan apabila mewakili kelab terkemuka dunia ini, mereka datang dengan sebuah pasukan yang lengkap. Ada penganalisis statistik bersama mereka. Ada coach tactical, ada coach motivation. Mereka simpan setiap data permainan setiap gamer yang ada. Maka sepanjang perlawanan berlangsung, perlawanan akan diperhatikan oleh team yang mengiringi seorang player. Adik aku pula berseorangan, kecuali managernya.

Bayangkan setiap perlawanan, adik aku akan mendahului, lalu datang separuh masa dan datang pasukan mereka yang terdiri dari kepakaran tertentu memberitahu tentang kelemahan yang mereka sempat datang. Siap ada bukti video tentang bagaimana perlawanan adik aku. Coach akan memberikan tips dan mencadangkan taktikal paling ampuh. Adik aku seorang diri harus menghadapi mereka.

BACA: Senarai 10 Pemain DOTA Yang Terkaya Di Malaysia

3. Tapi jangan risau... mereka tidak sombong ilmu. Mereka memandang tinggi pencapaian adik aku. Mereka bilang datang seorang diri melawan mereka yang dihantar tenaga pakar bersama mereka untuk di belakang mereka, dan masih memberi saingan, mereka mengajak adik aku untuk sertai komuniti diaorang.

Kata diaorang, semua gamer-gamer bertaraf dunia ini memang setiap hari akan sparring antara satu sama lain. Buat friendly antara satu sama lain. Jadi, lawan yang hebat setiap hari jugak memainkan peranan. Maka adik aku dengan gamer hebat ini bertukar contact masing-masing. Facebook dan Twitter semua diambil. Kad nama turut disimpan. Mereka bilang adik aku ada potensi dan masih lagi muda. Insyallah, mendapat rakan sparring bertahap dunia akan membantu karier gaming beliau

4. Adik aku sempat mengadu tadi tentang betapa sebenarnya penerimaan rakyat Malaysia adalah sangat bias. Seorang gamer perempuan yang baru sahaja berjinak-jinak yang masih belum menakluk Asia Tenggara, bahkan Malaysia pun masih tidak berjaya digapai kejuaraannya diviralkan oleh sebuah page HarimauMalaya hanya kerana dia seorang perempuan yang jelita. Kejayaan adik aku sampai ke Perancis dipandang sepi.

Ini mengingatkan aku tentang betapa hinanya mentaliti majoriti rakyat Malaysia. Anak Melayu yang terlibat dalam perlumbaan ke Bulan yang dianjurkan oleh Google tidak dipandang langsung. Tetapi seorang anak dara jual nasi lemak diraih seolah-olah dia pemenang hadiah nobel sains.

Kalau ini masyarakat yang bermimpikan pemimpin sehebat Umar Abdul Aziz, aku merasakan kehadiran Tun Mahathir sebagai pemimpin mereka seperti tidak berbaloi.

5. Kata terakhir dari adik aku.

"What doesn't kill you, makes you stronger."

Pengalaman hebat ini akan diraihnya untuk kejayaan hebat pada masa hadapan.

Nasihat aku kepada orang diluar sana:

"Berhenti tunjuk tahu dalam isu yang kalian tidak ada pengetahuan tentangnya. Tanda orang bodoh ialah dia nak bersuara dalam semua hal."

Kepada ibu-bapa diluar sana, berhentilah bermain dengan stigma permainan video membunuh masa hadapan dan pandang industri permainan video seperti mana ibu-bapa di eropah memandangnya. Insyallah, kita akan melihat perkembangan yang baik dalam industri ini.

Sungguh, beza benar budaya eropah dan Malaysia...

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli