Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jenazah Masih Elok Dalam Balutan Kapan Ditemui, Dipercayai Sudah 2 Tahun Dikebumikan


PONTIAN: Sekumpulan penduduk yang membantu menjalankan kerja-kerja menggali semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat di sini terperanjat besar apabila menemui dua jenazah yang tidak reput dan masih lagi sempurna, lapor Sinar Harian.

Salah satu mayat jenazah dipercayai milik bekas ketua kampung masih lagi elok di dalam balutan kain kapan walaupun sudah dua tahun dikebumikan.

Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bohari berkata, jenazah tersebut dikenali sebagai Abdullah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2014.

“Kebanyakkan jenazah sudah pun mereput. Bagaimanapun, jenazah bekas ketua kampung itu yang meninggal dunia pada  tahun 2014 lalu masih dalam balutan kain kapan,” katanya. dipetik laporan Kosmo.


Kubur-kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat berkenaan digali semula untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baharu dari Permas ke Tanjung Piadari Permas. ‎

‎Kerja-kerja penggalian kubur ini diketuai oleh Pejabat Agama Daerah dengan dibantu agensi berkaitan serta penduduk kampung bermula tiga hari lalu dan selesai semalam. ‎

Penyebaran gambar jenazah yang masih dalam kain balutan tersebut menjadi perhatian apabila ia menjadi viral di laman sosial sejak kerja-kerja penggalian semula kubur dilakukan. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Manusia y tiada dosa...meniggal dua tahun...jenazah msih elok..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli