Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siapa Sangka Dengan Kemampuan Untuk Bertutur Dalam Bahasa Arab, Pemuda Ini Dimurahkan Rezeki Sewaktu Pengembaraannya

No Comment

Mempunyai ilmu yang luas sudah pasti akan memberi kelebihan pada diri, bukan sahaja dapat berkongsi kelebihan dengan orang lain, bahkan juga dapat memberi manfaat buat diri juga. Ianya satu cara di mana pengetahuan dapat digunapakai dalam pelbagai aspek.

Begitu juga dengan mempelajari pelbagai bahasa, selain dari bahasa ibunda yang telah diterapkan sedari kecil lagi. Bahasa kedua, iaitu Bahasa Inggeris juga telah dipraktikkan sejak dari bangku persekolahan lagi, dalam membantu kita untuk seiringan dengan bangsa dan budaya lain, supaya menjadi salah satu kelebihan diri dalam mencari ilmu, atau di alam pekerjaan nanti.

Namun begitu, dalam mengenali bahasa, ianya tidak terhad kepada dua bahasa sahaja, lebih banyak kita mengetahui bahasa lain, ia akan memberi kelebihan buat kita. Lebih-lebih lagi bahasa al-Quran, iaitu bahasa Arab. Admin ingin kongsikan, bagaimana bahasa Arab mampu memberi kebaikan buat saudara War-one Al Bantinji dalam pengembaraannya yang lalu. Jom kita lihat apa yang dilaluinya.


Rezeki Belajar Bahasa Arab

Alkisah ketika Mega Trip yang lepas, ada beberapa insiden yang menarik.

Pertama, sewaktu di Tbilisi, Georgia. Sewaktu tu aku berada di hadapan restoren. Tiba-tiba ada 2 orang pak arab sedang berbual dengan kawan aku. Aku menghampiri mereka dan bertegur sapa. Mula2 sembang dalam English. Tak lama lepas tu bertukar jadi bahasa Arab. Tak pasal2 setengah jam jugak aku terpaksa layan bersembang dengan dia. Mungkin dia seronok sebab aku boleh cakap arab. Sebelum beredar, dia menghulurkan not 20 Georgian Lari (~RM35) kepada kami setiap seorang. Katanya, "hadiah". Alhamdulillah rezeki kami malam tu. Mungkin dengan asbab bahasa arab Allah bagi aku duit ni.

Kedua, ketika nak mengambil teksi di Airport Tehran untuk ke bandar. Ada seorang pemandu approach aku. Mula2, dia letak harga 50 Dollar. Dah sahlah dia kencing sebab aku dah pernah datang sini sebelum ni dan tahu rate biasa tak lebih 20 Dollar. Maka bermulalah proses tawar-menawar. Aku dengar pakcik tu keluar perkataan arab. Tak semena-mena lidah aku pun bertukar cakap arab. Dia terkejut. "Kau boleh cakap arab?" Aku mengangguk. Dia pun happy dan terus jadi senang proses tawar-menawar. Aku letak terus harga 50,000 Toman (~USD15). Dalam beberapa saat je terus deal. Alhamdulillah. Mungkin dengan asbab bahasa Arab, Allah selamatkan aku dari kena kencing dengan pakcik tersebut, malah lagi murah dari harga biasa.

Ketiga, sewaktu di Qom dalam misi kajian kami di bumi Parsi. Kami terserempak dengan seorang warga Iran. Kami tak boleh bahasa Parsi. Kebetulan dia merupakan pelajar teologi dan boleh berbahasa Arab. Baru kenal kejap, dia dah beria2 tolong kami. Malah kami ditawar untuk tumpang tidur di rumahnya. Siap dijamu makan. Malam itu kami sempat berdiskusi dan mendengar pencerahan daripadanya dalam rangka kajian kami. Alhamdulillah Allah berikan rezeki dan permudahkan urusan kami. Mungkin dengan asbab bahasa Arab, Allah berikan kami bantuan.


Begitulah pengalaman yang pernah aku rasa. Ni baru cerita mega trip hari tu. Belum lagi trip2 yang lain. Banyak lagi. Ada sekali tu aku siap dibelanja hotel oleh Pak Arab Mesir di China. Di Gibraltar pula, pak cik Arab Morocco tumpangkan rumahnya instead of perancangan aku malam tu yang nak hanya tidur di train station. Sebabnya dia risau takut ada penjenayah yang cuba mengapa2kan aku. 

Belum kira di France, orang Arab Algeria yang baru je kenal siap bantu aku jadi tour guide meronda bandar Marseille. Sebelum berpisah dia siap suruh aku janji untuk datang semula. Sampai sekarang, setiap beberapa bulan dia buat facebook call tanya aku bila nak datang? Huhu...kesian dia sebab kadang2 aku pun penat nak melayan. Banyak lagi cerita. Kang cerita sampai ke esok tak habis.

Sebenarnya bukan setakat bahasa Arab, tapi semua bahasa penting dan akan memberi kita banyak manfaat terutama ketika travel. Apatah lagi bahasa Arab. Sebagai Muslim, setidaknya-tidaknya kita ada kesedaran untuk belajar bahasa Arab untuk lebih mudah memahami ayat2 Allah. Saya pun bukannya pandai sangat. Tapi Alhamdulillah pengetahuan yang kecil inilah yang banyak membantu saya selama ini.

Believe me, language is fun. - Siakap Keli

BACA: Anda Seorang Pengembara Solo? Ikuti 9 Tips Ini Untuk Berkenalan Dengan Rakan Baru Sewaktu Mengembara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli