Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siap Sedia Untuk Lihat Fenomena Supermoon Luar Biasa Esok, Bermula Pada 7.24 Malam & Dijangka Akan Penuh Pada Jam 9.54 Malam



KUALA LUMPUR, 13 Nov – Orang ramai di Malaysia bakal menyaksikan fenomena Supermoon luar biasa esok bermula pada jam 7.24 malam.

Fenomena supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.

Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam esok.

"Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam. 

"Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. 

Jadi, pastikan semua sudah mempunyai port yang jelas untuk melihat supermoon esok dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Sumber: Angkasa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli