Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Si Kecil Selalu Merengek Bila Berada Di Dalam Car Seat? 8 Tip Mudah Ini Boleh Melatih Mereka Untuk Suka Akan Car Seat

No Comment

Keselamatan anak-anak sering dititik beratkan oleh ibu bapa, ini bagi memastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat, supaya terhindar dari sebarang bahaya. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut adalah si kecil yang baru beberapa bulan atau tahun.

Untuk itu, apabila berada di luar rumah, dan ingin menaiki kenderaan, khususnya kereta, ibu bapa akan meletakkan anak kecil ke dalam car seat, supaya mereka duduk diam, dan selamat tatkala memulakan perjalanan.

Tetapi, si kecil akan mudah untuk merengek, dan tidak mahu duduk diam bila berada di dalam car seat, ini akan menggangu tumpuan untuk memandu. Bagi menangani permasalahan ini, admin ingin kongsikan, bagaimana anda boleh membuatkan si kecil, untuk suka berada dalam car seat, jom kita lihat perkongsian dari laman Bebecucu ini.


Kenapa Baby Car Seat Sangat Penting

a. Mengelakkan berlaku kecederaan pada baby atau toddler

b. Ibu atau bapa sebagai pemandu dapat memandu dengan tenang (supaya anak tak main gear dan sebagainya)

Negara-negara maju, seperti UK dan Australia mewajibkan penggunaan baby car seat. Dan di Australia, denda sebanyak AUD 500 (RM 1500) jika anda tertangkap tidak menggunakan baby car seat semasa travelling.

Tip Melatih Anak Duduk Dalam Baby Car Seat Semasa Travelling

1. Latihan Perlu Dari Newborn

On the way balik dari hospital selepas bersalin, mesti terus letak baby dalam car seat.


2. Periksa Car Seat Dalam Keadaan Bersih, Selesa Dan Selamat Sebelum Bertolak

Pastikan bayi anda selesa, tiada semut atau serangga, dan car seat bersih.


3. Terangkan / Bercakap Kepada Bayi

Ini penting, walaupun bayi anda nampak macam tidak faham, tidak mengapa, terangkan sahaja. Bayi adalah anugerah dan ciptaan terhebat dari Allah SWT, mereka cepat faham.

Contoh: " Adam, kita nak pergi jalan-jalan, yeay! Seronoknya jalan! Tapi, sebelum itu Adam kena duduk dalam ini, tengok, mama papa pun kena duduk kerusi sendiri."


4. Awal-Awal Cuba Travel Mengikut waktu Tidur Bayi

Supaya bayi tidur dalam car seat dengan tenang.


5. Pastikan Suhu Penghawa Dingin Kereta Sesuai Dengan Bayi

Kadang-kadang bayi akan menangis disebabkan oleh:

- Mereka tidak merasa penghawa dingin, jadi mereka berpeluh

Penghawa dingin terlalu kuat, mereka kesejukan

Jadi, sebelum bertolak, setkan penghawa dingin supaya bayi selesa, boleh juga membawa portable fan jika perlu.


6. Bawa Sekurang-Kurangnya Tiga Mainan Kesukaan Bayi

7. Perjalanan Tidak Melebihi 2 Jam Setengah

Contoh: KL-Penang, 4 jam, ibu bapa perlu membuat persinggahan dahulu di R&R Sungai Perak supaya bayi tidak penat dan bosan dalam car seat.

8. Biarkan Sahaja Bayi Menangis

Tip terakhir ini memang ramai ibu dan bapa tewas. Namun, ketahuilah tiada bayi yang tidak menangis bila diletakkan di dalam car seat. Meraka hanya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, dalam sesuatu tempoh masa. Selepas mereka berasa selesa, mereka tidak akan menangis tanpa sebab.

Setelah mengetahui cara yang berguna ini, admin yakin anda akan mempraktikkan tip ini supaya si kecil minat untuk duduk di dalam car seat. Moga-moga perjalanan selepas ini menjadi lebih tenang, dan selesa buat ibu, bapa, serta si kecil. Jom kita berjalan dengan selamat. – Siakap Keli

BACA: "Sudah Banyak Tip Melancong Bersama Anak, Tapi satu Pun Tak Berkesan", Mungkin Tip Ini Dapat Membantu Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli