Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sentiasa Berasa Penat Dan Tidak Bertenaga Sepanjang Hari? Dengan Mengubah 13 Tabiat Ini, Anda Boleh Kembali Bertenaga

No Comment

Ada ketikanya anda merasakan badan terasa penat dan lesu, walaupun hanya melakukan perkara yang mudah. Ianya sedikit sebanyak menggangu konsentrasi untuk menyiapkan tugasan, atau aktiviti harian. Ini seterusnya menyebabkan prestasi di tempat kerja makin menurun.

Disebabkan itu, anda mula untuk mengambil makanan tenaga, atau minuman yang berkafein demi memastikan anda kekal segar dan aktif sepanjang hari. Tetapi, ianya tidak bertahan lama, kerana anda akan mula kembali, berasa penat dan seperti tidak bermaya.

Mengapakah perkara sebegitu boleh terjadi, sedangkan anda sudah mengambil minuman dan makanan untuk kekal segar? Terdapat beberapa sebab yang menjadikan anda begitu, bukan hanya tidak cukup tidur sahaja, Travel + Leisure kongsikan 13 penyebab mengapa anda tidak bertenaga. Jom kita tengok apa puncanya. 


Berasa Tidak Bermaya? Hindarkan Semua Tabiat Ini, Ia Akan Membantu Anda Kembali Bertenaga

Kurang tidur bukanlah satu-satunya punca anda berasa lemah. Perkara kecil yang anda lakukan (atau tidak lakukan) boleh menyebabkan mental dan fizikal anda berasa letih juga. Pakar-pakar telah dedahkan, tabiat buruk yang biasa dilakukan, yang menyebabkan anda berasa penat. 
  

1. Anda Tidak Bersenam Apabila Terasa Penat

Dengan tidak bersenam, semata-mata untuk menjimatkan tenaga, adalah satu kesilapan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Georgia, orang dewasa yang mula untuk melakukan senaman ringan, tiga hari seminggu dengan hanya 20 minit pada satu masa, dilihat berasa kurang penat, dan lebih bertenaga selepas 6 minggu. Senaman harian yang dilakukan akan meningkatkan daya tahan, membantu kelancaran system kardiovaskular, dan menghantar oksigen serta nutrient kepada tisu badan. Jadi, selepas ini jika anda berasa penat, cuba untuk sekurang-kurangnya berjalan pantas seketika, anda tidak akan menyesal dengan hasilnya. 


2. Anda Tidak Minum Air Dengan Secukupnya

Menurut, pakar diet, Amy Goodson, dari Texas Health Ben Hogan Sports Medicine, walaupun anda hanya terhidrat sebanyak 2% daripada paras normal, anda akan kerugian tenaga yang lebih. Penghidratan akan menyebabkan pengurangan isi padu darah, yang menyebabkan darah semakin melikat. Jantung anda secara tidak langsung akan mengepam secara tidak efisien, yang memperlahankan proses penghantaran oksigen dan nutrient ke otot dan organ lain. Rujuk gambar untuk mengetahui berapa banyak anda perlu minum air, mengikut berat badan anda.


3. Tidak Mengambil Zat Besi Dengan Cukup

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anda berasa lembap, cepat marah, lemah, dan kurang daya tumpuan. Ianya menyebabkan anda berasa penat kerana kurangnya oksigen melalui otot dan sel. Banyakkan pengambilan zat besi, untuk mengurangkan risiko anemia, makan daging lembu tanpa lemak, kacang, tauhu, telur (termasuk kuning telur), sayur-sayuran berdaun hijau, mentega kacang, dan sajikan dengan makanan yang tinggi Vitamin C (vitamin C mempercepatkan penyerapan zat besi apabila dimakan bersama).

* Nota: kekurangan zat besi mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan asas juga, jadi jika anda mengalami gejala-gejala kekurangan zat besi, perlulah merujuk dengan doktor.

Berusaha untuk menjadikan sesuatu itu sempurna, adalah mustahil. Ia membuatkan anda bekerja lebih keras, dan lebih lama dari apa yang sepatutnya. Anda tentukan satu tahap yang tidak masuk akal, dan sangat mustahil untuk menjayakannya, sehingga akhirnya, anda tidak dapat merasa kepuasan diri. Menurut Irene S Levine, PhD, Fakulti Perubatan Universiti New York, beliau mencadangkan, tetapkan had masa untuk diri sendiri pada tugasan anda, dan cuba ikuti apa yang telah ditetapkan. Dari masa ke masa, anda akan lihat, sebenarnya anda tidak tingkatkan hasil kerja anda, walaupun anda bekerja lebih lama.


5. Kebimbangan Yang Melampau

Jika anda merasakan anda akan dipecat, hanya kerana dipanggil oleh orang atasan untuk ke bilik mereka, atau anda terlalu takut untuk membonceng motosikal kerana risau akan kemalangan, jadi anda sedang mengalami “catastrophizing”, atau menjangkakan sesuatu yang buruk akan sentiasa berlaku. Kebimbangan ini akan membuatkan mental anda berasa letih, kata Levine. Apabila anda perasan anda mengalami situasi ini, ambil nafas yang dalam, dan tanya pada diri, apakah betul perkara buruk akan terjadi. Ambil udara segar, tenangkan fikiran, bersenam, atau kongsikan apa yang anda rasa kepada keluarga, ia membantu anda tanganinya dengan lebih baik, dan menjadi seorang yang realistik. 


6. Anda Tidak Bersarapan Pagi

Makanan yang anda ambil adalah seperti bahan bakar buat badan anda, dan apabila anda tidur, badan akan akan terus gunakan makanan tersebut untuk memastikan peredaran darah dan oksigen. Jadi, apabila anda bagun pagi, anda perlu tambahkan lagi ‘bahan bakar’ dengan sarapan, jika tidak, anda akan berasa tidak bermaya. Sarapan yang baik adalah seperti, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak yang baik. Sebagai contoh, oatmeal dengan serbuk protein dan sapuan mentega kacang, smoothie buah-buahan, serbuk protein, susu rendah lemak, dan mentega badam, atau boleh juga sajikan, dua keeping roti gandum bakar, bersama dengan yogurt rendah lemak.


7. Pengambilan Makanan Ringan

Makanan yang sarat dengan gula dan karbohidrat sederhana (seperti makanan segera) mempunyai paras yang tinggi pada indeks glisemik (GI) yang merupakan petunjuk bagaimana karbohidrat mempercepatkan kandungan gula dalam darah. Pastikan paras gula dalam darah adalah normal, dengan mengambil protein tanpa lemak, bersama dengan gandum. Pilihan lain adalah, ayam (dipanggang, bukan digoreng), dan beras perang, salmon dan keledek, atau salad buah dan ayam.


8. Mempunyai Masalah Untuk Mengatakan ‘Tidak’

Terdapat orang yang menggunakan kebaikan orang lain demi kepentingan diri, dan ianya akan menjadi punca kepada rasa geram dan marah dari masa ke masa. Walaupun anda diminta untuk membuat minuman, atau disuruh bekerja pada hujung minggu, anda tidak perlu katakana, ya. Latih diri anda untuk berkata ‘tidak’ dengan kuat. Cuba jerit secara bersendiriran, ketika berada di dalam kereta. Mendengar anda katakan sendiri perkataan tersebut secara kuat, membuatkan anda mudah untuk mengatakannya kelak.


9. Ruangan Kerja Yang Tidak Kemas

Keadaan meja yang berselerak, akan menyebabkan kepenatan mental, kerana menghadkan keupayaan untuk memberi tumpuan dan juga menghadkan keupayaan otak untuk memproses maklumat. Jika sudah habis bekerja, pastikan anda kemas kembali ruangan kerja, sebelum balik, ini akan membantu anda sentiasa positif pada keesokkan harinya. Sekiranya pejabat anda perlukan pengubahsuaian, jangan lakukan secara serentak, susun atur terlebih dahulu barang yang ada, baru kemaskan ruangan meja dan laci, menurut Lombardo, menerusi kajian oleh Universiti Princeton.

BACA: Dengan Hanya Mengurus Ruang Kerja Dan Rumah Secara Efektif, Anda Boleh Menjadi Seorang Yang Produktif Dan Lebih Fokus


10. Bekerja Walau Sedang Bercuti

Memeriksa e-mel dikala anda sepatutnya sedang bercuti, akan menyebabkan anda akan berisiko mengalami tekanan. Tinggalkan seketika dunia pekerjaan anda, dan nikmati percutian anda, supaya minda dan badan anda tenang, dan apabila kembali, anda sudah bertenaga semula. Jika anda berehat dengan sebaik mungkin, anda akan menjadi lebih produktif, kreatif, dan efektif.


11. Anda Memeriksa E-mel Sebelum Tidur

Menurut Dr Towfigh, cahaya terang dari telefon atau komputer riba, akan menyebabkan ‘circadian rhythm’ terangsang, di mana akan menyekat melatonim, iaitu hormone yang membantu mengawal corak tidur dan bangun anda. Ianya bergantung juga kepada individu, dan setiap orang mempunyai kesan yang berbeza, tetapi lebih baik elakkan dari cahaya telefon pintar mahupun komputer riba, sejam atau dua jam sebelum tidur. Tidak boleh menahan diri dari tabiat ini? Jika begitu, anda perlu menjarakkan pandangan dan skrin, sekurang-kurang sejauh 14 inci, untuk mengurangkan gangguan tidur.


12. Bergantung Pada Kafein Untuk Bertahan Sepanjang Hari

Meminum kopi ada baiknya, tetapi perlulah dalam sukatan yang betul, menurut Dr Towfigh, kerana ia mungkin akan menggangu kitaran waktu tidur anda. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sleep Clinical Medicine, mendedahkan bahawa pengambilan kafein walaupun enam jam sebelum tidur akan memberi kesan kepada waktu tidur, jadi pastikan anda tentukan waktu yang sesuai untuk meminum kopi.


13. Berjaga Pada Waktu Malam

Tidak tidur pada malam minggu, dan hanya tidur pada pagi Ahad, akan menyebabkan anda sukar untuk tidur pada malam Ahad tersebut, dan ianya akan menyebabkan anda mengantuk pada pagi Isnin. Ini mungkin disebabkan anda tidak mahu terlepas waktu bersama teman di malam hari, tetapi, anda perlu untuk bangun pagi seperti biasa, dan boleh lelap seketika di waktu tengah hari. Ambil masa kurang dari 20 minit untuk lelap seketika, supaya badan kembali cergas.

Sudah semestinya anda akan sentiasa berasa penat, atas beberapa faktor, seperti kerja lebih masa, atau kurang bersenam. Walau apa pun, anda harus mula dari sekarang untuk ubah tabiat anda, agar anda sentiasa segar, dan bertenaga, walau pun di hujung minggu. Pastikan anda mempunyai rehat yang cukup untuk hadapi hari baharu dengan lebih gembira. – Siakap Keli

BACA: [Video] Amalkan 7 Aspek Penting Ini Dalam Kehidupan Seharian Anda, Dalam Mendapatkan Gaya Hidup Yang Sihat



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli