Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Rindu ini Sudah Tidak Tertanggung Lagi dan Saya Tidak Akan Berhenti Mencari', Ibu Tunggal Cari Anak Terpisah Sejak 9 Tahun Lalu


SEGAMAT - Seorang ibu tunggal di Bandar IOI di sini meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya, Danish Haiqal Khawarizmie Mohd Nazri, 11, yang sudah terpisah dengannya sejak sembilan tahun lalu selepas dilarikan bekas suami.

Menurut ibu tersebut, Nurul Huda Mashod, 36, ketika terpisah, anaknya itu cuma berusia tiga tahun.


Selepas bercerai dengan suami, mahkamah telah memberikan saya hak penjagaan anak dan ketika itu saya masih membenarkan bekas suami berjumpa dan membawanya pulang ke rumah keluarganya di Melaka.

Saya juga tidak menyangka bekas suami tergamak untuk membawa lari Danish selepas beberapa minggu dia meminjam daripada saya dan sehingga kini saya tidak mendengar sebarang berita mengenai mereka berdua,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah beliau, sudah beberapa kali laporan polis dibuat berhubung kehilangan itu namun tiada sebarang maklum balas.

Malah, dia juga meminta rakan untuk mengintip rumah keluarga bekas suaminya di Permatang Pasir Alai, Melaka bagi mengesan anaknya itu namun gagal.

Saya dimaklumkan bekas suami langsung tidak pulang menjenguk ibu dan bapanya di kampung selain tidak pernah menetap di suatu kawasan terlalu lama kerana saya dimaklumkan bekas suami turut dicari polis kerana mempunyai rekod jenayah.

Saya juga dapat tahu anak saya berada di Kuantan kerana pernah mempunyai rekod tabika swasta namun tidak berjaya menjumpainya kerana tabika berkenaan sudah berpindah ke tempat lain,” katanya.

Saya tidak tahu bagaimana wajah anak saya sekarang dan saya risau sekiranya bekas suami telah meracuni pemikirannya.

Rindu ini sudah tidak tertanggung lagi dan Saya tidak akan berhenti mencari dan meminta ke sesiapa yang menjaga atau mengetahui lokasi anak saya dapat menghubungi saya di talian 0173573531,” katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli