Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Puisi 8 Baris Nukilan Remaja di Zaman Pemerintahan Nazi Dijual Pada Harga RM650,000

No Comment
Puisi tersebut

Satu puisi yang ditulis oleh seorang pelajar sekolah di Frankfruit ketika era pemerintahan Nazi dijual dengan harga €140,000 (RM 650,000) dalam satu lelongan hari ini.

Anne Frank menulis puisi itu dan menghantar kepada rakan sebelum keluarganya menyembunyikan diri dari Nazi pada tahun 1942.

Puisi yang dihasilkan oleh Anne ditandatangani pada 28 Mac 1942, kurang empat bulan sebelum keluarganya berpindah ke lokasi rahsia untuk bersembunyi dari pihak Jerman.

Puisi itu dialamatkan kepada rakannya yang bernama Cri-Cri (Christiane van Maarsen). Namun, puisi itu dijual oleh adik kepada Cri-Cri yang berkata kakaknya yang meninggal pada 2006 tidak tahu betapa bernilainya puisi tersebut.

Menurut penjual, kakaknya itu mengoyak puisi original itu dari album poezie dan menyerahkan kepada pada tahun 1970.

Empat baris pertama puisi itu mengingatkan Cri-Cri supaya belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah, yang mana dipercayai di tiru dari satu majalah.

Namun empat baris terakhir puisi itu dipercayai ditulis oleh Anne sendiri, yang menceritakan benda yang sama.

Anne diingati kerana diari hidupnya sebagai seorang Yahudi kelahiran Jerman di Amsterdam pada zaman Perang Dunia Kedua dan diari Anne itu dianggap antara dokumen paling penting dalam Holocaust.

Diari Anne dikeluarkan oleh bapanya selepas dia dibunuh di Bergen-Belsen pada umur 15.

Sumber: BBC

Anne
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli