Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Nafi Mayat Kanak-Kanak Mangsa Dera Diawet



ALOR SETAR, 24 Nov - Pihak polis menafikan laporan yang mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki dua tahun yang maut akibat didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pagi tadi telah diawet.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan suspek lelaki meletakkan ais ketul di dalam tong ikan tersebut sebelum meletakkan pita pelekat di sekeliling penutup tong terbabit.

"Ia berdasarkan penemuan air di dalam tong berkenaan. Siasatan polis mendapati tiada bahan pengawet digunakan suspek untuk menyembunyikan mayat kanak-kanak tersebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Mayat kanak-kanak dua tahun itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan dalam tong di bilik di sebuah flat.

"Mayat dibungkus dengan selimut dan berada dalam kedudukan mengiring," katanya.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli