Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Bawa Pasukan Bola Terhempas: 76 Disahkan Maut, 5 Terselamat


Colombia, 29 Nov - Polis mengesahkan seramai 76 maut dalam nahas pesawat yang membawa pasukan bola Brazil, Chapecoense yang berlaku hari ini.

Sementara itu, lima dilaporkan terselamat dan kini berada di hospital untuk rawatan.

Tiga dari lima yang terselamat adalah pemain dari kelab bola sepak tersebut.

"Enam dapat diselamatkan, namun salah seorang dari mereka meninggal dunia kemudian. Yang lain semuanya maut. Insiden tragis ini mengorbankan 76 nyawa", kata polis, Jose Gerardo Acevedo.

Sementara itu, beberapa foto dan video yang memaparkan rakaman pasukan bola itu di atas pesawat terbabit tersebar di media sosial.

Messi Terbang Guna Pesawat Sama 18 Hari Lepas


Messi mengambil selfie di dalam pesawat itu. Foto: Marca.com

Menurut Mirror, pesawat yang terhempas itu digunakan oleh bintang bola sepak popular, Lionel Messi bersama pasukan Argentina kira-kira tiga minggu lalu.

Pasukan tersebut (Argentina) pulang ke Argentina selepas kekalahan 3-0 mereka kepada Brazil pada kelayakan Piala Dunia pada 10 November lepas.






Sumber: MarcaCBCMirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli