Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengasas Produk Misa Skincare Tampil Beri Penjelasan Viral Perbualan Whatsapp yang Mencetus Perbalahan Antara Negeri



10 Nov - Selepas keratan gambar perbualan Whatsapp antara pelanggan dan stafnya tersebar secara meluas di media sosial, pengasas produk Misa Skincare tampil memberi penjelasan kepada orang ramai tentang perkara tersebut.

Gambar perbualan Whatsapp itu merakamkan seorang pelanggan Misa Skincare yang membatalkan niatnya untuk membeli produk kecantikan itu kerana lokasi pejabat utama produk itu berada di sebuah negeri di sini.

Merasakan perbuatan pelanggan itu keterlaluan, pengasas Misa Skincare kemudian memuat naik perbualan itu di Facebook seterusnya mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Namun, ada juga yang mengecam tindakan Misa Skincare yang memuat naik perbualan terbabit.

Disebabkan itu, pengasas produk kecantikan Misa Skincare, Siti Nur Jawahir Jasmi dan Amy Azmi tampil memberi penjelasan.

Menurut mereka, gambar perbualan Whatsapp antara pelanggan dan staf Misa Skincare itu dimuat naik setelah mereka merasa apa yang dikatakan oleh pelanggan tersebut adalah keterlaluan.

Sehubungan itu, mereka berharap agar pelanggan-pelanggan di luar sana agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata dan tidak membuat tafsiran mengenai seseorang berdasarkan negeri masing-masing.

"Biarpun dia adalah seorang pelanggan dan kami ni peniaga, dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat seperti itu. 

"Memang betul 'customer always right', tapi kalau sampai tahap menghina orang, ditambah pula menyentuh isu kenegerian, itu sudah keterlaluan", kata mereka ketika dihubungi Siakap Keli.

"Kami meminta maaf sekiranya keratan gambar itu ada menyakiti mana-mana pihak dan kami juga berharap agar perkara ini menjadi pedoman untuk semua", tambanya lagi.

Selain itu, mereka berdua juga turut mengeluarkan posting Facebook umum berhubung perkara tersebut.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli