Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tingkatan Satu Dikhuatiri Hilang

Foto: NST

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Seorang pelajar tingkatan satu, Aliaa Syafiqah Nazar Mohd. Norjuahari, 13 dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah neneknya di Seksyen 1, Bangi hari ini.

Bapa, Mohd Norjuahari Nazar, 38, berkata anaknya itu adalah pelajar di Sekolah Menengah Sri Al-Amim Bangi dan disedari hilang oleh neneknya kira-kira jam 11 pagi.

Norjuahari berkata, sepatutnya Aliaa tidak ke sekolah kerana tidak terlibat dengan program di sekolah namun rakaman CCTV menunjukkan anaknya itu masuk ke perkarangan sekolah kira-kira jam 5.50 pagi dan beredar dua jam kemudian.

Dalam rakaman tersebut, anak saya memakai baju dan tudung berwarna oren, seluar jean dan berpurdah. Bagaimanapun, sebelum ini anak saya tidak pernah mengenakan purdah.

Ini kali pertama Aalia Syafiqah keluar dari rumah dan ke sekolah sendirian kerana sebelum ini, saya, datuknya atau ahli keluarga lain yang akan menghantar dan mengambilnya dari sekolah,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.



Satu laporan polis telah dibuat mengenai kehilangan Aliaa di Balai Polis Bangi.

Tambahnya, seluruh ahli keluarganya kini amat risau tentang kehilangan anak dan berharap Aliaa Syafiqah dalam keadaan selamat serta cepat pulang ke pangkuan keluarganya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh meng­hubungi saya di nombor 018-6624450,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Smber: Utusan OnlineNST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli