Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nora Danish Minta Artis Diberikan Pengecualian Cukai Kerana Mereka Perlu Berbelanja Besar Untuk Cantik


Pelakon jelita, Nora Danish telah meminta pertimbangan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengecualikan golongan artis daripada dikenaikan cukai bagi menampung kos ‘penampilan diri’.

Menurut beliau, golongan selebriti perlu berbelanja besar untuk mereka kekal cantik, menawan dan kacak yang sinonim dengan pekerjaan mereka.

“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita (membayar cukai). Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini.”

“Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

“Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami,” katanya kepada Projek MMO.

Menurutnya lagi, pelepasan cukai untuk “penampilan diri” baik untuk artis dan selebriti yang  bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul di khalayak.

Pelakon Rozita Che Wan minggu lalu disekat ke luar negara kerana tidak melunaskan cukai tertunggak dan memohon bayaran itu ditangguhkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli